Tabiat Orang Kita
Tabiat orang Kita.
Dialog antara Merah dan Hitam
Kali ni dah melampau ..Aku
dah tak tahan dah ...Aku kena pergi jumpa bomoh apa nak jadi jadilah..
Wah kronik tu.apa halnya ni geng? cuba
story skit mana tau aku boleh tolong apa yang patut.
Inilah tabiat orang malaysia
suka nak tahu pasal masalah orang..
Aku tanya je yang kau nak melenting kenapa?
Takdelah... cuba kau pikir?
Hmm... nanti aku pikirkan.. err apa yang aku
perlu pikirkan ni?
Aku blum habis cakap kau dah
sampuk.. nak kena dia ni..
Dit is de ergste woede, het verdriet van alles...
Dit is de ergste woede, het verdriet van alles...
Wah bahasa apa kau marah tu?
Tu bahasa Belanda Utara, kau
mana tahu..
Ish tinggi betul ilmu kau padahal sekolah rendah pun tak habis.
Ini lah tabiat orang kita suka pandang rendah pada orang yang tak belajar tinggi sampai menara gading.
Habis tu kenapa kau marah sangat?
Aku bengang ngan bos kita tu..
Habis tu kenapa kau marah sangat?
Aku bengang ngan bos kita tu..
Inilah tabiat orang Malaysia tak habis habis
bengang ngan bos..kenapa plak
Dia tu jenis pilih bulu
Aku tak percaya.. aku tak percaya..
Tak percaya mendenya..
Cuba kau peratikan bos tu... dia kan spesis
berbulu dari keting sampai ke halkum.. kening dia pun bertaut . Nak bulu buat
apa lagi? Nak buat karpet?
Itu bidalan lah sengal...
kau tak perasan ke Si Mona tu?
Mona budak praktikal yang 23 20 24 yang jalan
kedepan tu ke.
Mana ada orang jalan
kebelakang ko ni... Haah dia tu lah... yang menjadi siulan..
Kenapa dengan dia.. hah aku tahu kau
minat dengan dia... tetiba bos potong que kan? cliche betul
Hoi apa kesitu pulak... aku
ni dah kawin tau tak.. lagi pun aku ni bukan kaki betina cam bos tu..
Abis apa yang kau bengangkan?
Mana taknya Si Mona tu baru
pagi tadi masuk kerja... petang dah naik pangkat jadi CEO.. padahal dia
tu praktikal je tau tak.. bengang betul aku...aku ni berapa jam lagi nak pencen sekali pun tak pernah diberi peluang naik pangkat.
Inilah tabiat orang malaysia suka memandang
rendah budak praktikal.. jadi tu pasal lah kau naik darah ye..
Tahu pun kau..bukan darah je
naik silap silap penumbuk aku naik ke hidung bos tu..
Sabar, sabar! kau kena banyak makan nasi..
Aku tengah mendidih cam gini
umpama gunung berapi nak meletup.. kau boleh ajak aku makan nasi.. apa punya
sahabat ni...
Nasihat.. aku tak habis cakap kau dah potong..
Aik balas nampak..
Hee .. takdelah.. Takkan pasal Mona tu je kau
sakit hati?Jeles eh?
Jeles? takde masa nak jeles
pasal kerja menimbun gila.. dah lah tu gaji ciput... sapa yang tak sakit
hati..
Dah namanya kerja.. kenalah buat kerja..
Kerja pun patut-patutlah...
takkanlah tiap-tiap hari balik lewat malam nak siapkan
kerja... itik pun tahu pulang petang..
Kenapa kau salahkan itik...hah inilah tabiat
orang malaysia sukar nak akui kesilapan sendiri dan suka salahkan orang lain...
kau tu yang suka tangguh kerja... mana keje tak menimbun.... Lainkali jangan tangguh
tangguh nanti lenguh.
Aik keras lu punya nasi..
macam kerak je...
Aisehgeng kau kawan aku..kau dengarlah
nasihat aku ni.. bawak bersabar dan cuba kau mahasabah diri. Sabar itu separuh dari IMAN.
Mahasabah pergi sabahlah aku
takde masa nak layan nasik kau tu.. Dah lah aku dah lambat ni ...kang nasi tak jadi bubur isi perut kau bertabur..
Sabar! sabar! bawak berenang eh bertenang..
Bukanke kau satu ofis ngan aku arahnya
kesana.. kau nak kemana plak ni..
Aku nak ambik MC hari
ni nak pergi jumpa bomoh..
Aik bomoh pun bagi MC ke sekarang ni.. tak
tahu plak aku..
MC tu klinik lah bagi.. yang
bomoh tu aku nak mintak tolong dia santau bos biar padan dengan muka dia yang
berbulu tu.. berbulu betul aku..
Astaghfirullahal Azim inilah tabiat orang
malaysia yang paling aku tak berkenan, suka sangat minta tolong dengan bomoh, marah sikit je nak santau, bengang sikit je
nak santau , tercuit sikit nak santet.. apa nak jadi?
Aaah!! Apa nak jadi
jadilah!! dalam keadaan sekarang ni santau ke santet ke santan sawit ke
peduli apa aku janji aku puas hati..
Dah hilang akal ke kau ni?
Ye aku ni bukan setakat
hilang akal je lagi, hilang sabar, hilang selera nak ngadap muka bos hari
hari..
Nasib baik kau tak hilang nyawa.
Main kasar nampak?
Abis tu kau pikir, bila kau santau bos, semua
masalah selesai.
Gerenti selesai punya..
lepas kena santau gerenti gila punya bos tu..yaaa baru puas hati aku..
Kalau macam tu aku pulak nak naik darah ni kau
jaga jaga..
Apahal plak? kau tak de kena
mengena dalam hal ni
Takde kena mengena kau kata? banyak hensem kau
punya panau! Abis tu bos kau tu bukan bos aku ke?
Err iye tak ye jugak?
Lagi satu kalau bos tu gila nanti
tutuplah kompeni. Elok -elok kita ada kerja.. langsung kena
berhenti kerja pasal bos dan kompeni dah
melingkup kau pun nak melingkup macam tu.. anak bini nak makan apa? pasir?
Ish iyelah aku tak terpikir
pulak tadi..
Inilah tabiat orang malaysia suka berfikiran
singkat dan negatif..
Macammana kau nak pikir.. kau dah dikuasai oleh aura negatif yang mengarah kearah kejahatan hingga kau tak dapat berpikir dengan waris.
Macammana kau nak pikir.. kau dah dikuasai oleh aura negatif yang mengarah kearah kejahatan hingga kau tak dapat berpikir dengan waris.
Waris mana plak ni.
Er maksud aku waras..
Aiseh betullah cakap kau tu
geng.. aku hampir tewas dgn amarah yg marah..
Biasa lah tu.. manusia memang macam tu....kalau ikut kajian, manusia memang cenderung kearah negativiti.. takpe bawak bersabar dan banyakkan
istighfar. Orang yang kuat tu kata nabi ialah orang yang mampu menahan marah..
Tengkiulah kawan kerana
sedarkan aku tapi sekarang ni camna hah?
Kan aku dah kata tadi mahasabah diri... cari
punca.. tiada masalah yang tiada jalan
penyelesaiannya..
Puncanya kecik je .. aku tak
puas hati dengan bos pasal aku tak naik pangkat pastu orang lain sesenang je
naik pangkat. Macam tak adil je rasanya, KRONISM bermaharajalela
Kalau pasal nak naik pangkat tu.. kau sambung
lah belajar ambik diploma ke degree ke takkan lah sampai nak menyantau. Pastu pastikan kerja kau semua selesai dan tidak bertangguh.. Pasal keadilan tu pulak serahkan aje kepada ALLAH yang Maha ADIL.Buat apa nak risau dengan penilaian orang terhadap kita, yang patut kita risau ialah apa penialaian ALLAH terhadap kita. Biarlah depa nak kroni ke.. benda tu semua bersifat sementara satu masa nanti pasti akan berakhir...
Betul jugak tu.. aku ni
kelulusan pun tarak dulu masa sekolah taknak belajar betul betul asyik ponteng, Kerja pun tak bersungguh. Time orang kerja aku membawang., mengular, mengerbau, mengunta, memberuk,..
Wah! dah boleh buat zoo tu..
Cuma mengipas je tak pandai ish ish ish.. patutlah susah nak naik pangkat....
Yang dulu biarkan berlalu .. letitgo... yang sekarang ni kita kena hadapi. Jalan biar kedepan..Orang mongolia kata Muvon.. Lagi pun kau patut bersyukur kerana masih ada kerja, bukan senang nak cari kerja zaman sekarang ni...
Bersyukurlah walau pangkat dan gaji tak seberapa. kalau kita bersyukur Allah akan tambah rezeki kita, lagi satu jangan lupa bersedekah kalau mampu berzakat, wakaf dan infaq kan harta . baru hati tenang, hidup pun senang. Dalam masa yang sama teruskan juga usaha kerana ALLAH takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya, Jangan putus asa.. teruskan usaha pasti berjaya.. InsyaALLAH....
Wah! dah boleh buat zoo tu..
Cuma mengipas je tak pandai ish ish ish..
Yang dulu biarkan berlalu .. letitgo... yang sekarang ni kita kena hadapi. Jalan biar kedepan..Orang mongolia kata Muvon.. Lagi pun kau patut bersyukur kerana masih ada kerja, bukan senang nak cari kerja zaman sekarang ni...
Bersyukurlah walau pangkat dan gaji tak seberapa. kalau kita bersyukur Allah akan tambah rezeki kita, lagi satu jangan lupa bersedekah kalau mampu berzakat, wakaf dan infaq kan harta . baru hati tenang, hidup pun senang. Dalam masa yang sama teruskan juga usaha kerana ALLAH takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya, Jangan putus asa.. teruskan usaha pasti berjaya.. InsyaALLAH....
Betullah... aku insaf sekarang
ni..Aku nak betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Jangan emosi semasa berfikir tapi berfikir guna emosi..
Usaha tangga kejayaaan. kalau jatuh sekali aku bangun tiga kali. budak flat bangun... budak flat bangun..budak flat bangun..
Usaha tangga kejayaaan. kalau jatuh sekali aku bangun tiga kali. budak flat bangun... budak flat bangun..budak flat bangun..
Hoi hoi...dah melalut lah tu..
Haha.. sorry teremosi plak dengan semangat yang baru dan hendak membangun ini..
Hah itu macamlah semangat yang bagus..baru segala masalah boleh selesai...
Err.. boleh kau bagi alamat bomoh yang kau nak pergi tu..

Kau nak buat hapa
Nak minta nombor ?
Ceshh!! Nasihat ngalahkan
pencetus Ummah. Kaki ekor rupanya...Inilah tabiat orang Malaysia tak habis
habis berjudi hentikanlah. Bukankah berjudi tu berdosa.
Nilah tabiat orang kita, cepat sangat buruk sangka dan jump to conclusion, aku tak habis cakap lagi, aku bukan nak beli nombor ekor... aku nak mintak nombor telefon dia.
Senang sikit aku call dan nasihatkan dia.. sudah sudahlah tu menyantau orang, buatlah kereja lain yang lebih berfaedah, macam ternak ayam ke, jadi rider food panda ke, bawak grab ke dan banyak lagi.
Kalau dah pergi sendiri buat apa nak call lagi..
Kalau aku face to face kang takut pulak dia santau aku, baik aku call je.. hahaha
Hahahah hooohoo ... Inilah tabiat orang Kita yang paling best ... tak habis habis bergurau senda.
Tapi itu tabiat yang baik kerana ia mampu menggelikan hati dan menghiburkan hati kita sekaligus merapatkan ukhuwah dan tali persaudaraan..

Comments