Bolasepak & Aku
Bolasepak & Aku
Sinopsis
Kisah jerih perih yang ditempuhi oleh 2 orang watak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bolasepak walaupun berlainan peranan iaitu Ammar seorang budak kampung yang berbakat dalam permainan bolasepak dan bercita -cita besar untuk mewakili Malaysia dan Kamal seorang wartawan sukan yang bertekad untuk membongkar serta memerangi segala birokrasi, politik dan kes rasuah yang berleluasa didalam dunia bolasepak hingga ke akar umbi, Mereka ini semua telah dipertemukan oleh sebuah objek yang bernama bolasepak .
Pelbagai cabaran dan konflik yang terpaksa mereka harungi didalam menggapai cita-cita tersebut antaranya kecederaan ,persahabatan, kewangan, rasuah,politik, birokrasi dan pelbagai lagi cabaran yang menguji kesabaran dan kekuatan insani .
Dicelah celah kisah mereka terselit juga ilmu pengetahuan tentang dunia bolasepak dari terminalogi , teknik, formasi , drill latihan, pemakanan sehinggalah ke cabaran menghadapi pertandingan dan kejohanan.Kisah yang penih dengan emosi dan motivasi. Jika anda ingin menyelami dunia bolasepak ikutilah siri ini.
Prolog : Bola Yang Disepak
"Padang bola adalah pentas kehidupan. Setiap peluang, setiap cabaran adalah ujian sebenar Jangan takut gagal, kerana kejayaan bermula daripada kegagalan yang kita hadapi dengan keberanian."
Prolog: Bola yang disepak
Dalam suatu senja yang terperangkap di antara sinar senja dan kegelapan, lapangan hijau itu menjadi pentas yang mempersembahkan sebuah kisah yang penuh suka, duka , yang diisi dengan kegairahan dan kesungguhan, yang dilakonkan dengan pelbagai tarian dan aksi yang mengasyikkan dan mendebarkan.
Tatkala lampu limpah melimpahkan cahayanya ke segenap sudut medan itu maka terserahlah keringat, darah dan airmata, terpamerlah segala kudrat, ilham dan idea yang di kerah dan dipacu demi sebuah perjuangan mengejar kemenangan .
Di tengah medan itulah , satu objek berbentuk bulat menjadi penentu kepada suatu pertarungan. Demi sebuah kejayaan dan kegemilangan ianya dikejar dihambat berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain. Ianya juga menyebabkan para penyokong resah gelisah ,hilang kawalan dan pertimbangan hingga terkadang mampu mencetuskan kekacauan, Objek yang disepak ditendang dihambat itulah yang yang dinamakan bolasepak 1
Inilah dunia bolasepak, di mana setiap tendangan dan sepakan terselit pelbagai kisah, dan setiap larian dan gerakan memiliki seni yang sangat mendalam. Setiap gegaran jaring dan gawang bukan sahaja bisa menggembirakan dan menceriakan malahan mampu mengecewakan- dan meremukkan jiwa raga.
Di balik setiap keringat pemain yang menari dan berpencak di atas hamparan hijau, jeritan dan pekikan pelatih yang mengerah segala kebijaksanaan dalam mengatur strategi pertarungan hinggalah kepada kegamatan para penyokong yang tak jemu jemu bergendang ,bersorak dan mengibarkan panji panji pasukan kecintaan mereka. Di Medan itulah terdapat pelbagai kisah ,perjuangan, tekad, azam membara dan kecintaan pada sukan tersebut .
Dari stadium yang berdiri megah hingga ke padang tandus yang terpencil dari kesibukan dunia. Dunia bolasepak adalah medan di mana para pahlawan dilahirkan, dan mimpi-mimpi tercipta. Mari kita menyusuri lapangan hijau ini, melalui setiap rembatan bola, setiap sudut stadium, dan setiap gegak gempita sorakan para penyokong. Dalam dunia bolasepak, kisah kisah yang epik dan kenangan yang abadi menanti untuk diungkap, mengubah sebuah pertarungan menjadi sejarah yang tidak terpadam.
Selamat datang, para pencinta bolasepak, ke dalam dunia yang penuh kegairahan dan keindahan, yang dihiasi dengan kegembiraan dan kedukaan , disulami dengan kemenangan dan kegagalan. Inilah dunia bolasepak sebuah dunia yang penuh dengan Tawa dan Airmata .





Comments