Posts

Showing posts with the label Antalogi Kartun

Bolasepak & Aku

Image
Bolasepak & Aku Sinopsis Kisah jerih perih yang ditempuhi oleh 2 orang watak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bolasepak walaupun berlainan peranan   iaitu   Ammar seorang budak kampung yang berbakat dalam permainan bolasepak   dan bercita -cita besar untuk mewakili Malaysia dan Kamal seorang wartawan sukan yang bertekad untuk membongkar serta memerangi   segala birokrasi, politik dan kes rasuah yang berleluasa didalam dunia bolasepak hingga ke akar umbi, Mereka   ini semua telah dipertemukan oleh sebuah objek yang bernama bolasepak . Pelbagai cabaran dan konflik yang terpaksa mereka harungi didalam menggapai cita-cita tersebut antaranya   kecederaan ,persahabatan, kewangan, rasuah,politik, birokrasi dan pelbagai lagi cabaran yang menguji kesabaran dan   kekuatan insani . Dicelah celah   kisah mereka terselit juga ilmu pengetahuan   tentang dunia bolasepak dari   terminalogi , teknik, formasi , drill latihan...

🍩 Kisah Donat yang Ingin Menjadi Tayar

Image
  🍩 Kisah Donat yang Ingin Menjadi Tayar Di sebuah pekan sibuk bernama Pekan Gula Melaka, terdapat sebuah kedai bakeri kecil milik seorang pemuda bermuka bosan bernama Eli. Di dalam kedai itu, ada sekeping Donat Coklat yang baru sahaja siap digoreng dan dihias dengan sprinkles warna-warni yang sangat meriah. Namun, Donat Coklat ini mengalami krisis ego yang sangat kronik. Beliau melihat ke luar jendela kedai, melihat tayar-tayar kereta dan motosikal meluncur laju di atas jalan raya dengan gaya yang sangat gagah. Lalu, Donat Coklat itu mendepas dadanya yang gembal dan berkata dengan penuh yakin: "Aku bukan donat murah dalam talam! Tengok badan aku yang bulat dan ada lubang di tengah ini! Aku adalah TAYAR SPORT RIM!" 🥖 Sumpah Seranah Ahli Talam Bakeri! Kata-kata Donat Coklat itu membuatkan seluruh talam bakeri menjadi kecoh dan panas! Kuih Keria yang berada di sebelahnya—yang juga mempunyai lubang di tengah—terus melompat bangun dan menjerit, "Kepala hotak kau tayar spo...

Kuih Tepung Pelita yang Menyelamatkan Dunia

Image
  Di sebuah kampung kecil bernama Kampung Manis Lemak, terdapat seorang pakcik tua bernama Pakcik Mat Pelita. Beliau terkenal dengan kuih Tepung Pelita yang paling sedap di seluruh negeri. Kuihnya begitu lembut, manis, dan berlemak, sehingga sesiapa sahaja yang memakannya akan terlupa segala masalah dunia. Namun, suatu hari… bencana melanda. --- 🐉 Serangan Makhluk Lapar dari Dimensi Lain! Tiba-tiba, langit menjadi gelap. Portal misteri muncul di atas sawah Kampung Manis Lemak, dan dari situ muncullah seekor makhluk gergasi berbulu lebat bernama Sang Perut Keroncong. Sang Perut Keroncong adalah raksasa dari Dimensi Lapar, yang merantau dari dunia ke dunia untuk memakan semua makanan yang ada. Dalam beberapa minit, dia sudah menghabiskan semua nasi lemak, roti canai, dan kuih-muih di kampung. Orang kampung panik! Bagaimana mahu menyelamatkan makanan mereka? --- 🍃 Harapan Terakhir: Kuih Tepung Pelita! Pakcik Mat Pelita, dengan tenang, berkata, "Mungkin raksasa...

Murtabak yang Ingat Dirinya Pizza

Image
Suatu hari yang gembira , ada sekeping  Murtabak yang baru sahaja masak atas kuali, tetapi dia mengalami krisis identiti. Dia menoleh ke kiri, nampak piza yang penuh dengan keju dan topping menarik. Dia menoleh ke kanan, nampak burger yang kelihatan bergaya dengan sos melimpah. Lalu Murtabak itu berkata dengan penuh yakin: "Aku bukan murtabak. Aku PIZZA!" 🍕 --- 😱 KECOH SATU DAPUR! Semua makanan lain terkejut. Nasi lemak tertumpah santannya, kuih seri muka hampir pitam, dan roti canai berguling-guling tak percaya. "Weh, kau ni biar betul?!" kata Roti Canai. "Tak mungkin! Kau ada kulit tepung yang berlapis-lapis, bukan roti piza!" kata Nasi Lemak. Tetapi Murtabak tetap berkeras. Dia berjalan dengan gaya penuh yakin ke arah ketuhar dan berkata, "Tengok aku ni, aku ada daging, aku ada telur, aku ada bawang. Sama macam topping piza! Aku cuma belum dapat keju je!" Maka bermulalah kekecohan di Dapur   Semua makanan...

Tabiat Orang Kita

Image
Tabiat orang Kita. Dialog antara Merah dan Hitam Kali ni dah melampau ..Aku dah tak tahan dah ...Aku kena pergi jumpa bomoh apa nak jadi jadilah.. Wah kronik  tu.apa halnya ni geng? cuba story skit mana tau aku boleh tolong apa yang patut. Inilah tabiat orang malaysia suka nak tahu pasal masalah orang.. Aku tanya je yang kau nak melenting kenapa? Takdelah... cuba kau pikir? Hmm... nanti aku pikirkan.. err apa yang aku perlu pikirkan ni? Aku blum habis cakap kau dah sampuk.. nak kena dia ni.. Dit is de ergste woede, het verdriet van alles... Wah bahasa apa kau marah tu? Tu bahasa Belanda Utara, kau mana tahu.. Ish tinggi betul ilmu kau padahal sekolah rendah pun tak habis. Ini lah tabiat orang kita suka pandang rendah pada orang yang tak belajar tinggi sampai menara gading. Habis tu kenapa kau marah sangat? Aku bengang ngan bos kita tu.. Inilah tabiat orang Malaysia tak habis habis bengang ngan bos..kenapa plak ...

Bangun Sahur

Image
Bangun Sahur 1. Sahur itu adalah sunnah muakkat iaitu perbuatan yang tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan untuk dilaksanakan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur Muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi  : “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim). 2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi   : “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan dan minuman yang halal. Sabda Nabi  : “Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid). Berdasarkan hadis, Muslim digalakkan bersahur dengan kurma (tamar). Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah kurma (tamar)”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih). 4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir mala...

Big House Little House

Image
French: Grande maison de la petite maison German: Großes Haus kleines Haus Korean: 큰 집 작은 집 Spanish: Gran casa pequeña casa Rumah Kecil Kenapa kamu kelihatan sedih dan sugul? Rumah Besar Aku sebenarnya cemburu dengan engkau. Rumah kecil Kenapa pulak begitu? Aku ini apalah yang ada, berbanding engkau yang besar , serba mewah dan segalanya ada. Dihiasi dengan perhiasan dan perabot yang mewah dan eksklusif dari seluruh ceruk dunia. Kolam renang yang sejuk dan menyeronokkan. Permaidani yang lembut, mewah dan indah dari serata dunia. Speaker dan home teater mengalunkan bunyian yang sedap dan mengujakan.Penghawa dingin yang sungguh dingin dan menyamankan. Rumah Besar Sungguh pun begitu engkau dihiasai dengan ibadah tuanmu ,walau tiada kolam hanya timba namun ianya digunakan sepenuhnya untuk berwudhuk dan bersuci. Tiada permaidani namun mempunyai sejadah yang lusuh akibat dibasahi oleh aliran airmata tuanm...

Hang Ghimau : Mukadimah

Image
Jeng jeng jeng jeng jenng jengg AUUMMM ( Lagu tema) Ini namo dio Hang Ghimau(Rimau). Dio ni pun superhiro gak macam batman, spederman dan lain-lain man cumo dio ni , hero kito ,orang kito ,budayo kito. Namo pun lotak Hang Ghimau bososuaian dongan budayo kito ala.. cam Hang Tuah and the geng. Kalau lotak Tiger Man dah macam hero omputeh. Biar lah omputeh ngan hiro dio kito ngan hiro kito baghu nampak bezo'eh. Dio ni pun jadi hiro pasal kono baham ngan ghimau alah macam spedermen kono gigit lelabah lah lobih kughang cam tu gak. Bilo dah kono baham ngan ghimau baghu dio jadi hiro. Polik bunyi'eh patut eh kalau kono baham dek ghimau dah tontu jadi arwah ni camno buleh jadi hiro lak, ontahlah den pun tak tau. Inilah dio ghimau yang bertanggung jawab Ini pulak budak eh yg kono baham dek ghimau tu. Namo dio Herman. Dio ni ejen insuran, ontah macam mano satu hari tu sodang dio asyik memujuk tokey sarkis memboli insuran eh , tetibo ajo ghimau sarkis yang s...