Posts

Top 6: Kemanakah Kekayaan dan Harta Dibelanjakan

Image
Sebelum ini kita telah dibawa melihat cara-cara paling popular untuk mengkayakan diri, kali ini Top 6 akan membawa anda menyelami kelubuk hartawan, kayawan dan jutawan tentang kemanakah harta yang mereka berjaya kumpulkan tak kiralah melalui jalan apa sekalipun di belanjakan . Apa yang bakal anda baca mungkin agak mengejutkan tapi ia adalah realiti kehidupan walaupun bukanlah kesemua parawan ini menggunakan harta begini tetapi kebanyakkannya lah. Menurut bancian dan kajian yang telah dijalankan oleh krew Top 6 kebanyakkan parawan ini telah membelanjakan kekayaan mereka seperti berikut Ditempat Ke Enam Pergi menunaikan Umrah atau Haji dan mensyukuri akan kekayaan yang dipinjamkan kepada mereka. Alhamdulillah.Tapi ada jugak yang pergi dengan pakej yang ekslusif, mahal dan mewah. Tak salah pun kerana mereka mampu ,Cuma tak sampailah intipati sebenarnya, untuk merasai bahawa manusia itu sama tiada pangkat atau darjat yang memisahkan. Ditempat Ke Lima Membuat Amal Jariah dengan mender...

Student Kita

Image

Student Kita utk OUM Learner Connexxion

Image
Koleksi Kartun yang keudara secara online di Open University Learner Connexxion Anda boleh layarinya di alamat http://lc.oum.edu.my/2007/issue27/index.php boleh dibaca dipautan http://lc.oum.edu.my/2008/issue38/index.php didalam kolum cartoon connexion atau terus ke pautan http://lc.oum.edu.my/include/cartoon/album/2008/issue38/ link ke kartun ini http://lc.oum.edu.my/include/cartoon/album/2008/issue40/ Tema kartun ni sebenarnya untuk membakar semangat pada semua orang supaya tak usah berhenti dari belajar kerana pembelajaran itu adalah sepanjang hayat iaitu selagi nyawa masih dibadan kita masih boleh belajar dan diajar sedangkan kalau nafas dah kat kerongkong pun orang masih ajar kita iaitu mengajar kita untuk mengucap. Jadi saya menyeru kepada semua orang dan yang bukan orang tapi boleh membaca blog ini supaya belajar dan menuntut ilmu tak kira lah ilmu terbang sekalipun mana tau boleh sampai ke stesen angkasa lepas pulak nanti . Tak ki...

Debab : Sebermula

Image
Debab! Debab! Debab... Masih tengiang di telinga akan ejekan dari budak-budak kampung sebentar tadi. Namun dia dah tak kisah dengan semua itu. Sudah sebati dengan dirinya kerana bukannya sekali dua malahan dah setahun dua berterusan semenjak dia duduk dengan atuk dan uwannya di kampung setelah pemergian kedua ibu bapanya. Ooh jadi kau ni anak yatim piatulah ye.. Eh!.. Tak lah.mak bapak aku masih hiduplah diorang pergi bekerja dibandararaya katanya. Aahh. Tak usahlah dilayan ejekan dan bulian budak kampung ni lagi pun kau memang gemuk pun. Bisik hatinya. Aik hati aku pun nak ejek aku. Ah lantak lah.. Dalam ramai-ramai bebudak kampung tu, Karimlah yang paling hebat mengejek dan membulinya, Asal jumpa je pasti dia kena buli. Weeekk ! Debab! Badan pun bulat dah macam bola takyah lah main bola lagi. Debab teringat kata-kata Karim ketika kali pertama dia ke padang dengan tujuan untuk join bermain bola bersama dengan bebudak kampung. Kata-kata itu mematahkan terus semangatnya untuk berkec...

Impian Debab

Image
Satu hari Debab tinggal bersendirian kerana Uwan dan Atuknya ada urusan di kotaraya. Akibat terlalu bosan duduk di rumah Debab memutuskan untuk pergi bersiar-siar didalam kampungnya . Debab pun mencapai sekeping biskut lemak lantas dicecahkan kedalam Milo yang dibuat oleh Uwannya tadi. Dibalutnya biskut tersebut dengan sehelai tisu dan dimasukkan kedalam poket seluar disebelah kanan seluarnya. Setelah menuruni anak tangga dan merapatkan pagar rumahnya Debab pun mencabut rumput ditepi rumah jirannya lantas disuapkan kepada seekor anak lembu yang kelaparan yang di tambat oleh Pak Meon. Selesai mengelap mulut anak lembu tersebut Debab pun meneruskan impiannya iaitu untuk bersiar-siar. Sewaktu sedang berjalan Debab terpijak sebuah gulungan kertas. Debab pun mengangkat dan membuka gulungan tersebut. Kertas tersebut berupakan lakaran sebuah peta. Wah!ini mesti peta harta karun ni bisik Debab pada seekor biawak yang kebetulan melintas dihadapannya. Biawak tersebut terkejut lantas ...