Posts

Gurindam Harga Minyak

Image
harga minyak naik ke? harga naik minyak ke? naik harga minyak ke? minyak harga naik ke? minyak naik harga ke? ke naik minyak harga ?

Apa itu Tipografi?

Image
Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi merupakan satu seni atau teknik pemilihan dan penyusunan taip. Penggunaan tipografi bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk taip dan aplikasi termasuk 'typesetting’, dan rekabentuk ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentuk poster termasuk yang berskala besar seperti papan kenyataan, papan iklan atau billboard.Bidang perniagaan dan periklanan juga menggunakan taip sebagai elemen komunikasi terutama untuk mempromosikan perniagaan mereka samada sebagai logo korporat mahupun sebagai identiti korporat yang meliputi surat kepala, sampulsurat, kad peniagaan risalah produk . iklan dan sebagainya. Kemajuan teknologi juga mengakibatkan tipografi kini sudah berbentuk...

Cara Membina Laman Web Yang Baik

Image
Sebuah laman web yang baik tidak semestinya yang mempunyai grafik atau animasi serta disertai dengan kesan bunyi yang canggih. Ia haruslah mesra pengguna dimana pengguna dapat melayari dan bernavigasi dengan mudah dilaman web tersebut disamping memahami mesej yang hendak disampaikan. Untuk membina sesebuah laman web yang baik , pereka atau pembangun laman web perlulah mengenalpasti, menimbang serta membuat perancang yang teliti sebelum membangunkannya. Ini amat penting didalam memastikan laman web tersebut berjaya mencapai matlamatnya serta tidak berlaku pembaziran dari segi masa , tenaga dan kos pembikinannya dimana laman web tersebut hanya separuh jalan dan kemudiannya terbengkalai begitu sahaja. Mengenalpasti Matlamat Sebelum segalanya dimulakan kita perlulah menetapkan matlamat atau objektif mengenai laman web yang hendak dibangunkan iaitu dengan mengenalpasti apakah kepentingannya terhadap anda atau syarikat anda samada hendak mempromosikan syarikat, perkhidmatan m...

Blog, Blogger dan Isi yang popular

Image
Hari ini aku tak kerja pasal demam. Ubat dah ambik tapi tak makan aku bukan suka makan ubat , aku pegi kinik tadi pun sebenarnya nak mc je. Balik dari kinik tadi aku layan movie sesorang aje pasal hari kerja orang ramai kerja so aku sorang je dalam panggung tadi. Citernya tajuk menyelam dalam kuali. Ntahapahapa citernya sampai aku pun terlena sedar-sedar dah habis. Habis movie aku keluar panggung tapi alangkah terkejutnya aku bila aku tolak je pintu panggung itu aku sedang berada di tanah perkuburan dan sebalutan pocong sedang merenung aku. Aku pun lari lintang pukang , makin laju aku lari makin pelahan pulak rasanya. Tetiba aku ternampak seorang budak lelaki berusia 4 tahun sedang menangis terisak-isak. Aku pun berhenti berlari dan menghampiri budak tersebut kerana aku seorang yang perihatin dan baik hati. Melihatkan itu pocong tersebut juga berhenti meloncat. Kenapa dik? Pakcik! Pakcik nampak tak mainan ultraman taro saya. Tadi saya tengah duduk bawah pokok tu sambil...

Aku, blog dan karya

Image
Iye ke blog ini tempat luahan perasaan blogger buleh luahkan apa yang terbuku dibatu jemala memasing kalau gitu aku dah tersalah guna blog ini untuk berkarya tapi karya itulah cara aku meluahkan perasaan Iye ke blog ini tempat mencatat segala kegiatan harian blogger buleh catatkan segala apa yang mereka lakukan kalau gitu aku dah tersalah guna blog ini untuk berkartun tapi kartun itulah cara aku catitkan segala perlakuan