Posts

Team Building

Image
Lama betul dah aku tak melukis kartun, bukan malas tapi tak sempat itulah alasan yang terbaik yang terlintas di batu jemala ini. Bebaru ini aku daptlak tugasan untuk buat teaser iaitu visual yang boleh menarik minat khalayak untuk menyertai Acara Bina Pasukan@ Team Building yang akan dilakukan nanti. Tentu acara-acara azab menanti peserta-peserta team building ni kan seperti  menyelam di dalam kubang gajah hidung pendek , memanjat pepohonan berduri di kala senja merah di ufuk timur, merangkak didalam lubang biawak yang kesepian, berjalan sendirian didalam kegelapan dan kesunyian malam ditemani unggas, agas dan buragas dan macam-macam lagi yang serik seram dan serun terbayang di mata dan diminda para peserta. Apa pun Team Building ini sebenarnya nak memupuk semangat kekitaan dan semangat juang didalam satu pasukan. Selalunya kesemua peserta team building ini tanpa mengira usia, pangkat dan jawatan akan di lanyak dan diuji dengan aktiviti -aktiviti  luar pintu yang l...

Teater Sri Mersing

Image
Kepada peminat teater jangan lupa menyaksikan Teater Sri Mersing . Aku terlibat dalam teater ini tapi bukan sebagai pelakon cuma sebagai pereka grafik. Flyer ini adalah diantaranya..

From Kuala Lumpur With Love

Image
Istimewa untuk semua warga kota, Nak jadikan poskad boleh nak jadikan poster boleh nak jadikan bungkusan nasi lemak pun boleh ... Di ruang kosong sebelah kanan tu bolehlah dimasukkan kata-kata@dialog@ayat2 yang sesedapnya MALEK RIDZUAN KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR Aku datang dari desa hanya sebatang kara Meninggalkan kampung tercinta dan sanak-saudara Setiba dikotaraya kugiat berkerja berlumba-lumba mengejarkan apa yang dicita Meskipun badai yang melanda aku terus melangkah mengharungi hidup kota dengan sepotong doa Agar penghidupan lebih maju bermakna cuba membela nasib agama, bangsa, negara [Chorus] Kuala Lumpur Kuala Lumpur menyinari hidupku Kota yang penuh dengan cabaran Kuala Lumpur Kuala Lumpur menyinari hidupku Kota yang penuh dengan harapan Simiskin dan sikaya semua tiada dibeza dikotaraya yang mempunyai berbilang bangsa Bila larut senja menjelma sungguh indahnya Oh bertapa aku terharu dan sungguh berban...

Apa itu Komik?

Image
Komik boleh didefinisikan “sebagai satu teknik menyusun gambar atau imej dan teks menjadi satu naratif untuk menyampaikan sebuah cerita atau idea. “seperti yang telah dinyatakan  oleh Will Eisner 1985 ( foto) yang juga digelar bapa komik dimana beliau bertanggungjawab memperkenalkan novel grafik menerusi karya “A Contract with God” yang diterbitkan dalam tahun 1978. Scott McCloud (1994) didalam bukunya berjudul Understanding Comics  menjelaskan “ Komik merupakan gambar atau imej yang disusun secara turutan dan diletakkan berdampingan” Komik secara tradisinya terdapat pelbagai jenis diantaranya: 1. Komik strip Komik ini merupakan komik yang biasa terpampang didada akhbar, Panelnya terdiri dari satu,dua dan tiga petak. Terdapat juga kartunis yang mengunakan 4 petak. Selain melintang susunan panelnya juga ada yang menegak. Komik ini antara yang tertua di dunia dan ianya juga dipanggil komik editorial memandangkan komik jenis ini diperkenallkan diakhbar. Diantara syarikat ...

Apa itu Animasi?

Image
  Animasi merupakan satu kaedah dimana beberapa ilustrasi atau imej pegun yang disusun mencetuskan pergerakkan. Menurut Norman McLaren pula animasi bukanlah seni lukisan yang digerakkan namun ianya merupakan seni menggerakkan lukisan dan apa yang berlaku diantara kerangka lebih penting dari apa yang ada di kerangka tersebut. Sepintas lalu , Animasi mula tercipta sekitar tahun 1911-1921 apabila Winsor McCay dalam eksperimentasi beliau dengan menggunakan kamera ‘trick’ untuk menggerakkan karekter kartun yang dilukis. McCay yang digelar bapa kartun animasi telah menghasilkan kartun animasi secara bersendiri dan menghasilkan kartun animasi berjudul "Gertie the Dinosaur" (1914) yang kemudian mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman sehinggalah membawa kepada tertubuhnya studio seperti Disney, Warner Bros , MGM dan banyak lagi .Sejarah ini telah dipetik dari artikel “Understanding Animation“ oleh Paul Wells yang diterbitkan oleh Routledge, 1998.     ...