Idea Itu Milik Siapa?
Idea Itu Milik Siapa? Oleh Ijoi Ramai orang melihat saya menggunakan AI hari ini. Lalu ada yang menyangka semua idea datang daripada AI. Saya cuma tersenyum. Kalau mereka tahu perjalanan saya sebelum AI wujud, mungkin mereka akan faham kenapa saya melihat AI hanya sebagai alat. Dahulu semuanya datang daripada kepala sendiri. Tiada ChatGPT. Tiada Gemini. Tiada Midjourney. Tiada Flow. Tiada siapa untuk brainstorming. Kalau ada seratus idea... Saya berbincang dengan diri sendiri. Kalau ada seribu idea... Saya simpan sendiri. Kadang-kadang saya melukis sampai subuh. Kadang-kadang saya menulis sampai tangan lenguh. Kadang-kadang saya terlupa makan kerana terlalu seronok mengejar idea yang baru muncul. Begitulah kehidupan saya selama puluhan tahun. Saya pernah membawa idea kepada beberapa penerbit. Saya bentangkan dengan penuh semangat. Saya percaya idea itu mempunyai potensi. Tetapi ada yang ditolak. Katanya tidak sesuai. Tidak komersial. Terlalu pelik. Tid...