Peminat Tegar

Isnin, Mei 14, 2012

Relieve Stress




How to Relieve Stress : aliviar el estrĂ©s, Stress abbauen,alleviare lo stress

Menconteng mengeluarkan diri dari suasana hinggar binggar ketegangan dek kesibukan dunia yang tak pernah berhenti kesibukannya. 
Damai itu perlu dicari . Cari itu perlu didamai. 
Kalau sekitar porak peranda mana hati nak damai. 
 Kalau hati berendakan damai hiruk pikuk pun terasa kedamaiannya.


“Better to do something imperfectly than to do nothing flawlessly.” 
-Robert Schuller

Rabu, Mei 02, 2012

Emas dan dinar sebagai pelaburan


Aku baru nak berjinak-jinak dengan emas dan dinar ni. Tengah kumpul wang nak beli emas dan dinar        sebanyak yang mampu untuk menjana pendapatan dan simpanan serta pelaburan untuk masa depan. Baru aku tahu nilai emas amat berharga berbanding duit kerna duit pasti akan susut nilai. Bukti susut nilai ialah kalau bertahun-tahun dulu sekeping roti canai cuma 40 sen sekarang ni dah RM 1 hinggit plus plus. Duit makin banyak disimpan makin turun nilainya. RM100 10 tahun dulu tetap RM100 tahun ini tapi nilainya dah tak sama cam 10 tahun dulu, ini semua angkara inflasilah ni . Kalau RM 100 10 tahun dulu boleh belanja satu kampung makan roti canai  tapi kalau sekarang ni  hanya boleh belanja ketua kampung dan ajk yang selalu bodeknya saja.  Ini semua menunjukkan dengan jelas betapa nilai matawang semakin susut . Ini semua angkara inflasi  mana taknya makin gaji dinaikkan makin melambung naik harga siling barangan  melepasi bumbung menara tertinggi didunia. Nak kena budak inflasi ni. Nanti kalau rajin aku nak citer bab inflasi plak. Sekarang ini dah kesuntukan masa sebab masa itu emas. Emas terbukti zaman berzaman tak pernah susut nilai, harga emas turun naik tu tetap ada alah macam lautlah ada pasang ada surut tapi harga emas ni selalunya naik naik naik kalau turun pun sikit je , tak caya survey lah sendiri. Cer gugel cer gugel  cari info pasal emas dan dinar pulak ini  asyik gugel cara nak kaya je sampai bila pun tak kaya. Kalau nak kaya beli lah emas bebanyak jangan takut emas ni beli untung simpan untung jual lagilah untung. Emas ialah aset bukan liabiliti, pagi kita beli emas tengahari boleh pajakkan petang boleh belanja balik duit yang diberi oleh tokey pajak tu. Pastu pepandailah tebus balik... Kalau tak tergadai nanti.. takpe tergadai pun tak rugi duit dah dapat maaa.. Ada orang citer beli emas pajakkan dapat duit beli emas lagi pastu pajakkan dapat duit beli emas lagi pastu pajakkan lagi beli emas lagi sampailah kedai emas tu habis dan tokey dia pulak tinggal sehelai sepinggang. Janganlah pulak sampai tahap tu tamak melampau  tu tak baik . Takpe aku tengah mendalami bab emas ni nanti dah khatam boleh kita berkongsi ilmu.

Jumaat, April 27, 2012

JOM BERSIH




jangan salah tafsir kerana mesej ini tidak berbau politik cuma berbau sampah saja..  Pastikan kediaman anda, tempat anda, pekan anda, daerah anda,  negeri anda, negara anda  dan tidak lupa ketiak anda sentiasa dalam keadaan bersih. Ingat!!! bersihkan diri anda sebelum anda dibersihkan.

Khamis, Mac 08, 2012

Pandai Cakap vs Cakap Pandai

Macam sama je bunyinya tapi maksudnya berlainan sekali.
Disekeliling kita orang yang demikian memang ramai. Persamaan mereka ialah   cakap saja lebih time nak buat kadang-kadang buat, kadang-kadang yang selalunya tak nak  buat atau tak reti buat dan yang paling kerap ialah tak buat langsung. Orang jenis ini biasanya pasti akan menjadi jurucakap kerana sememangnya mereka pandai bercakap.  Orang macam ini memang sesuai berada di arena politik Cakap boleh lah... kerana cakap memang murah. Hari ini cakap nak buat  itu ini supaya dipilih tapi bila dah dipilih batang hidung pun tak kelihatan.

'Sembang bagi orang bimbang
pokok nyok boleh tumbang'

Perhatian

SEGALA YANG TERKANDUNG , TERKUMPUL DAN TERHIMPUN DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN HASIL KERAHAN DAN PERAHAN AIR OTAK PELUKIS SENDIRI.ADALAH DIMAKLUMKAN JUGA SAYA SEBAGAI PENULIS,PELUKIS DAN PEREKA BLOG INI MENGAKU TIDAK PERNAH MENJALANKAN KEGIATAN SEPERTI PLAGIAT, TERGELIAT, MENIRU, MENIPU, MEMFOTOKOPI ATAU MENCURI HASIL KARYA SESIAPA JUA DIDUNIA DAN DI BIMA SAKTI INI.
Segala yang terkandung dan tercerita juga tiada kena mengena dengan sesiapa jua walau sebesar zarah. Kalau terkena jugak saya memohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya.
SEKIAN
IJOI
KARTUNIS BAWAH TANAH

Catatan Popular