Posts

Showing posts from July, 2013

Promosi Raya

Image
Pastinya semakin menjelang Raya semakin rancak kita bershopping sakan sampai tak hingat.
Bershopping tak salah tapi kenalah dengan kemampuan diri jangan sampai memboroskan diri.
Yang seronoknya makin ramai peniaga berlumba-lumba menawarkan potongan harga yang hampir memotong kepala.
Yang terujanya makin ramai kaki shopping tegar berlumba-lumba berbelanja mencurahkan segala tempayan yang ada almaklumlah raya setahun sekali.
Yang sedihnya...Masjid dan surau makin sepi SEPATUTNYA di 10 malam akhir ini kita berlumba-lumba mengejar janji Allah iaitu Malam Lailatul Qadar. Itulah promosi yang terhebat yang hanya datang di bulan Ramadhan. Beruntung yang menemuinya maka merugilah orang yang bukan sahaja tidak dapat malahan yang langsung tiada cita-cita dihati untuk mencarinya.
Kejar dan rebutlah malam tersebut bisik aku pada diri yang lalai dan alpa ini..

Jom Qiamullail

Image
Peringatan kepada aku:  10 malam terakhir makin hampir. Bangunlah dimalam tersebut untuk mengejar janji Allah. Yakinlah bahawa janji Allah itu benar dan pasti.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Need Design? Contact Us NOW!

Need Design? Contact Us NOW!