Bangun Sahur 1. Sahur itu adalah sunnah muakkat iaitu perbuatan yang tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan untuk dilaksanakan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur Muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi : “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim). 2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi : “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan dan minuman yang halal. Sabda Nabi : “Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid). Berdasarkan hadis, Muslim digalakkan bersahur dengan kurma (tamar). Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah kurma (tamar)”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih). 4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir mala...