Posts

Showing posts from March, 2017

Sibuk sangat ke kita?

Image
Terlalu taksub dengan urusan dunia ..
kita pasti kecewa dan putus asa.
Kecewa kerana segala perkara yang mengecewakan
Putus asa untuk bangkit semula.
Padahal ini semua dunia
Hanya sementara
Penuh sandiwara
Dan dunia ini hanyalah  tempat permainan.
Justeru kenapa kekecewaan sering menghambat manusia?
Terlalu cinta dunia adalah penyakit yang paling bahaya daripada segala penyakit yang berbahaya yang ada dimaya pada ini.

Dicelahan Pencakar Langit

Image
Dicelah pembangunan ada kemunduran Ditengah kemunduran ada permodenan Didalam pemodenan ada kepincangan Di setiap kepincangan ada kebaikan Bukankah di setiap kebaikan, balasannya kebaikan juga. Justeru kenapa kenistaan yang selalu melanda?

Big House Little House

Image
French: Grande maison de la petite maison
German: Großes Haus kleines Haus
Korean: 큰 집 작은 집
Spanish: Gran casa pequeña casa





Rumah Kecil Kenapa kamu kelihatan sedih dan sugul? Rumah Besar Aku sebenarnya cemburu dengan engkau. Rumah kecil Kenapa pulak begitu? Aku ini apalah yang ada, berbanding engkau yang besar , serba mewah dan segalanya ada. Dihiasi dengan perhiasan dan perabot yang mewah dan eksklusif dari seluruh ceruk dunia. Kolam renang yang sejuk dan menyeronokkan. Permaidani yang lembut, mewah dan indah dari serata dunia. Speaker dan home teater mengalunkan bunyian yang sedap dan mengujakan.Penghawa dingin yang sungguh dingin dan menyamankan. Rumah Besar Sungguh pun begitu engkau dihiasai dengan ibadah tuanmu ,walau tiada kolam hanya timba namun ianya digunakan sepenuhnya untuk berwudhuk dan bersuci. Tiada permaidani namun mempunyai sejadah yang lusuh akibat dibasahi oleh aliran airmata tuanmu. Tiada speaker tapi alunan zikir dan bacaan Al-Quran tuanmu sudah cukup me…

Mencari ketenangan

Image
Tenang perlu dicari?
Ia tak datang tetiba.
Tenang selalu datang selepas huru hara
Tenang selalu datang selepas ribut taufan badai melanda
tanpa huru hara ribut badai taufan melanda ketenangan tiada makna.

Orang selalu cari ketenangan kat dalam hutan, lautan,
Untuk apakah ketenangan itu?
Untuk fikiran kah
untuk jiwakah
untuk dirikah
untuk hatikah
untuk nurani kah
untuk perasaankah?
untuk kitakah?

tapi ketemukah ketenangan itu?
Bolehkah ketenangan dicipta, dibina?
Bagaimana nak capai ketenangan?

Jawapannya satu sahaja
Dengan mengingati ALLAH hati hati akan menjadi TENANG

Need Design? Contact Us NOW!

Need Design? Contact Us NOW!