Posts

Showing posts from May, 2013

SABTU MALAM DEMAM

Image
Di satu malam Sabtu malam demam Disebuah pusat hiburan malam terkemuka negara, disatu sudut yang remang kemerahan terkadang kehijauan dan kebiruan silih berganti menyinari  sofa nan empuk lagi menyelesakan, di pangkuan kegenitan dan kegetahan petugas malam yang menghairahkan aku tetiba merasa kepeningan setelah sedari tadi bergelumang dengan air nikmat yang tidak henti dimandikan oleh sang petugas tersebut ditemani tawa hilai yang mengujakan. Lantas dalalm keadaan pra sedar aku bingkas meninggalkan sarang itu menuju dan mencari ruang untuk mengeluarkan sesuatu yang terasa merodok-rodok usus besarku dikala ini . Kugagahkan langkahan sambil tangan terus memegang perut dan anak tekak. Hingar bingar dentuman muzik, lautan manusia sedang berombak dilantai keasyikan dan kepulan asap menyuramkan lelampu yang semenangnya suram tidak kuhiraukan. Dengan nyawa separuh ada separuh takda aku cuba menapak keluar menuju kearah belakang . Mujurlah dalam kepeningan itu aku ternam...

Selamat Hari Guru

Image
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu . Terima kasih tak terhingga kerana mengajar saya ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ dan 12345678910 dan segala ilmu yang anda curahkan kedalam benak ini.

Kucing comel peliharaan Anda VS Kucing kurap dijalanan

Image
Bersyukur lah atas apa yang kita nikmati. Jangan menghina sesiapa walau setinggi mana kedudukan kita kerana kita semua sama berasal dari benih yang hina yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu.Keluarpun kita dari tempat yang kotor dari kemaluan bapa masuk ke kemaluan ibumu dan lahir pun keluar dari kemaluan ibu itupun kalau tak operate.(Ini adalah realiti bukannya perkara lucah minda harus terbuka ya,, terima kasih) Masih lagikah kita tak bersyukur? "Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)",  Surah Yassin ayat 77

Janji Ditepati

Image
  'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema hari kemerdekaan ke 55. Benarkah Janji ditepati? Kalau yang dijanji itu memang kewajipan tak perlulah berjanji kerana kewajipan harus ditunaikan walaupun tidak menjanjikannya.   Tentang Janji Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. An Nisa 120 Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? An Nisa 122 KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

Apa Ini?

Image
Kanvas Infiniti: Teknik ini hanya boleh digunapakai oleh komik yang disiarkan di laman web (webkomik) kerana tiadanya had panel dan saiz untuk membuat lukisan. Ini berbeza dengan komik yang dicetak dimana saiz imej adalah terhad.

Langkah-langkah dalam Proses Rekabentuk Grafik:

Image
Bosan pulak asyik bersayembara, berkarya yang kekadang tak berpijak dibumi yang nyata, menerawang keserata alam imaginasi khayalan yang aku cipta sendiri, kalini aku nakpostkan pulak jawapan yang aku buat untuk assignment subjek Rekabentuk Grafik sedikit masa dulu semasa aku bergelar Student di Universiti Terbuka Malaysia 5 tahun nan lampau. Jawapan ini aku terjumpa tadi masa belek belek folder2 dlm pc aku memula nk delete aje tapi bila pikir dari di delete baik aku post kan kat blog buleh gak berkongsi-kongsi manalah tahu ada student yang tengah cari jawapan untuk assignmment copy paste je alah biasalah tu aku pun pernah buat gak camtu.... Rekabentuk grafik merupakan hasil, proses dan seni yang menggabungkan teks dan grafik dalam satu susunan yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada khalayak sasaran melalui media tertentu. Justeru itu rekabentuk grafik ini dilihat sebagai satu bidang komunikasi secara visual dimana susunan dan paparan didalam rekabentuk ini boleh...

Sehari di majlis Raja Sehari

Image
Poster ni merupakan sebuah sketsa yang terhasil dari idea spontan aku semasa pergi kenduri kawin . Lantas balik je terus dilukiskan atas kertas A3 dengan pen dan pensil aje. Memula nak kalerkan pastu malas lak rasanya terus dibiarkan terbengkalai. Sesapa yang rajin nak kaler boleh le kalerkan sendiri.