SABTU MALAM DEMAM





Di satu malam Sabtu malam demam

Disebuah pusat hiburan malam terkemuka negara, disatu sudut yang remang kemerahan terkadang kehijauan dan kebiruan silih berganti menyinari  sofa nan empuk lagi menyelesakan, di pangkuan kegenitan dan kegetahan petugas malam yang menghairahkan aku tetiba merasa kepeningan setelah sedari tadi bergelumang dengan air nikmat yang tidak henti dimandikan oleh sang petugas tersebut ditemani tawa hilai yang mengujakan.

Lantas dalalm keadaan pra sedar aku bingkas meninggalkan sarang itu menuju dan mencari ruang untuk mengeluarkan sesuatu yang terasa merodok-rodok usus besarku dikala ini . Kugagahkan langkahan sambil tangan terus memegang perut dan anak tekak. Hingar bingar dentuman muzik, lautan manusia sedang berombak dilantai keasyikan dan kepulan asap menyuramkan lelampu yang semenangnya suram tidak kuhiraukan. Dengan nyawa separuh ada separuh takda aku cuba menapak keluar menuju kearah belakang .
Mujurlah dalam kepeningan itu aku ternampak papan tanda keluar.  Aku gagahkah ke arah tersebut yang membawa aku kesatu lorong nan sepi dan berkabus.  Aku tersungkur dan tersujud kebumi. Gejolak didalam usus tadi sudah menular ke tenggorokkan serasa gajah afrika mahu keluar dari anak tekak ini.  Puas cuba ku muntahkan masih  berdegil dan tersengkang lagi.

Aku semakin kuyup  laksana lanun yang karam dilautan walau hanya berlumuran peluh.tetiba aku nampak seseorang menghampiri aku lantas memapah aku. Salam diberi namun lidah ku sudah keberatan untuk menjawabnya kerana sudah agak berkurun lama tiada kalimah bermain dilidahku sedangkan arak terus menjadi pembuka seleraku malahan maksiat terus menjadi makanan hidupku.

Beliau senyum lantas memulakan bicara di kepekatan kabus dan kedinginan yang menyelimuti tubuhku.
Apakah yang kau cari kat sini?
Hiburan, keseronokan, kegembiraan, keghairahan, kebebasan, ketenangan, keriangan.

Adakah kamu temui apa yang kamu cari?
Mestilah dapat tiap malam aku kemari.

Adakah kamu merasa puas?
Pergh!!  puas beb wa cakap lu..

Adakah kamu amat merasakan nikmatnya?
Fuhh!! Tak terhingga nikmatnya bila meneguk air xyxz  dan mexxxxxx aweks sampai ke pagi,

Justeru berapa lama kamu merasakannya?
Biasanya sampai ke pagi lah..

Kalau kamu sudah mendapat kepuasan dan  nikmatnya kenapa perlu pergi setiap malam?
Tak puaslah bro!  nak lagi dan lagi dan lagi dan gali.

Itulah tandanya nafsu itu tak pernah puas   dengan segala kelazatan duniawi ini.
Ia hanya akan berhenti setelah pemutus segala kelazatan dunia ini tiba.
Sudahlah bro jangan nak berpidato pulak kat sini.

Jangan salah faham, aku hanya menyampaikan apa yang patut disampaikan bak kata omputih  the man got to do what the man got to do.

Setiap manusia harus  mengingati manusia yang lain,
 “Berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat”

Comments

Popular Posts