Posts

Showing posts from January, 2008

Debab Sesat Di Dalam Hutan

Image
Debab Sesat Di Dalam Hutan Satu hari Debab merayau-rayau didalam kampungnya.. Sampai di hujung kampung beliau ternampak seekor Tenggiling sedang asyik menguis tanah sambil menyanyikan lagu La Isla Bonita. Menyedari kehadiran Debab , Tenggiling tersebut terus menghilangkan dirinya kedalam belukar sambil tersipu-sipu menahan malu. Wah merdu jugak suara tenggiling tu, berbakat sungguh dia, tapi sayang kalau dia pergi ujibakat Akademi Fantasia dah tentu kena rejek pasal dia tenggiling bisik hati kecil Debab sambil menggeleng-gelengkan kepala. Debab pun meneruskan rayauannya yang tak bertujuan, dia pun tak tahu kemana nak dirayaukan. Ikut suka hati kau lah kaki nak merayau ke mana, asal jangan sampai ke Stesen Angkasa Lepas udah le, kang tak pasal-pasal aku jadi angkasawan bisik Debab pada kakinya. Maka teruslah Debab merayau tak tentu hala hinggalah dia ditegur oleh perutnya . Apabila perut berbunyi barulah Debab ingat nasi, dan bila ingat nasi barulah dia ingatkan rumah , bila ...

Sayembara seorang aku

Image
Aku sebuah kerusi Aku adalah seorang pengerusi Aku duduk diatas kerusi Tapi aku bukan kerusi Dedak dan Bedak Kerana dedak ayam kenyang Kerana ayam tak makan bedak Kerana bedak awek menayang Kerana awek tak pakai dedak Dedak dan ayam tak boleh dipisahkan Bedak dan awek pun tak boleh dipisahkan Tanpa dedak ayam kelaparan Tanpa bedak awek tak menawan Memang ada ayam tak makan dedak Memang ada awek tak pakai bedak Ayam tak makan dedak perkara biasa Awek tak pakai bedak dah tentu luar biasa Ayam kalau pakai bedak orang tetap goreng Awek kalau pakai dedak dah tentu mereng Antara Kawan Dan Cawan Kawan bukan cawan Cawan bukan kawan Tak boleh kawan dengan cawan Tapi boleh minum dengan kawan guna cawan Cawan boleh retak Kawan pun boleh retak Cawan boleh pecah Kawan pun boleh pecah Tu pun kalau tak pandai jaga cawan dan kawan Kerana kawan hati boleh sakit Kerana cawan mulut boleh sakit Kerana kawan hati terl...

Debab & Kucing Jalanan

Image
Satu hari Debab bersiar-siar di taman dan ternampak seekor anak kucing sedang di buli oleh sekumpulan anjing liar. Debab merasa kasihan lalu membelasah anjing-anjing tersebut dan membawa pulang anak kucing kerana kasihan. Sampai dirumah, Atuk Debab bertanya kucing siapakah yang dibawanya pulang, Debab pun menceritakan tentang apa yang terjadi dan meminta izin untuk membela kucing tersebut . Atuk Debab memberi keizinan sambil memuji sikap keprihatinan anaknya. Debab pun merawat luka serta membersihkan anak kucing tersebut. Selepas itu Debab menjemput kucing tersebut menikmati juadah tengahari bersama keluarganya. Keesokkannya Debab bersiar-siar lagi dan ternampak seekor anak kucing tersangkut atas pokok. Debab pun menurunkan dan membawa pulang kucing tersebut. Sekali lagi Atuknya memuji sikap cucunya yang mudah simpati. Keesokkan esoknya Debab ternampak anak kucing dalam parit, dan seperti biasa dia bawak balik dan macam biasa Atuk dia memberi kata-kata pujian. Keesokkan esok...