Sayembara seorang aku

















Aku sebuah kerusi
Aku adalah seorang pengerusi
Aku duduk diatas kerusi
Tapi aku bukan kerusi



















Dedak dan Bedak
Kerana dedak ayam kenyang
Kerana ayam tak makan bedak
Kerana bedak awek menayang
Kerana awek tak pakai dedak

Dedak dan ayam tak boleh dipisahkan
Bedak dan awek pun tak boleh dipisahkan
Tanpa dedak ayam kelaparan
Tanpa bedak awek tak menawan

Memang ada ayam tak makan dedak
Memang ada awek tak pakai bedak
Ayam tak makan dedak perkara biasa
Awek tak pakai bedak dah tentu luar biasa

Ayam kalau pakai bedak orang tetap goreng
Awek kalau pakai dedak dah tentu mereng














Antara Kawan Dan Cawan
Kawan bukan cawan
Cawan bukan kawan
Tak boleh kawan dengan cawan
Tapi boleh minum dengan kawan guna cawan

Cawan boleh retak
Kawan pun boleh retak
Cawan boleh pecah
Kawan pun boleh pecah
Tu pun kalau tak pandai jaga cawan dan kawan

Kerana kawan hati boleh sakit
Kerana cawan mulut boleh sakit
Kerana kawan hati terluka
Kerana cawan mulut terluka
Tu pun kalau tak pandai jaga cawan dan kawan

Ada cawan boleh minum
Ada kawan boleh ajak minum
Cawan kotor boleh cuci
Kawan kotor suruh dia cuci


Tiada cawan tak mengapa
Masih boleh minum
Tiada kawan tak mengapa
Masih boleh hidup
Tapi tahan ke hidup seoang diri?
Takkan nak berkawan dengan cawan

Comments

Homework Studio said…
Teruskan penulisan kreatif anda. Pasti ada yang kan memandang.

Popular Posts