Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi merupakan satu seni atau teknik pemilihan dan penyusunan taip. Penggunaan tipografi bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk taip dan aplikasi termasuk 'typesetting’, dan rekabentuk ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentuk poster termasuk yang berskala besar seperti papan kenyataan, papan iklan atau billboard.Bidang perniagaan dan periklanan juga menggunakan taip sebagai elemen komunikasi terutama untuk mempromosikan perniagaan mereka samada sebagai logo korporat mahupun sebagai identiti korporat yang meliputi surat kepala, sampulsurat, kad peniagaan risalah produk . iklan dan sebagainya. Kemajuan teknologi juga mengakibatkan tipografi kini sudah berbentuk...