Cara Membina Laman Web Yang Baik


Sebuah laman web yang baik tidak semestinya yang mempunyai grafik atau animasi serta disertai dengan kesan bunyi yang canggih. Ia haruslah mesra pengguna dimana pengguna dapat melayari dan bernavigasi dengan mudah dilaman web tersebut disamping memahami mesej yang hendak disampaikan. Untuk membina sesebuah laman web yang baik , pereka atau pembangun laman web perlulah mengenalpasti, menimbang serta membuat perancang yang teliti sebelum membangunkannya. Ini amat penting didalam memastikan laman web tersebut berjaya mencapai matlamatnya serta tidak berlaku pembaziran dari segi masa , tenaga dan kos pembikinannya dimana laman web tersebut hanya separuh jalan dan kemudiannya terbengkalai begitu sahaja.

Mengenalpasti Matlamat

Sebelum segalanya dimulakan kita perlulah menetapkan matlamat atau objektif mengenai laman web yang hendak dibangunkan iaitu dengan mengenalpasti apakah kepentingannya terhadap anda atau syarikat anda samada hendak mempromosikan syarikat, perkhidmatan mahupun produk

Didalam menetapkan matlamat ini diantara perkara yang harus dipertimbangkan ialah:-

Objektif strategik.

Kenalpasti matlamat utama yang menjadi asas pembangunan laman web.

Contohnya, jika anda mempunyaisebuah perniagaan dan merancang untuk mengembangkan perniagaan anda secara e-dagang , mungkin matlamat utama pembangunan laman web adalah untuk mempromosikan serta menjual produk atau perkhidmatan syarikat anda secara atas talian.Dalam keadaan ini anda perlukan laman web yang lengkap dengan katalog produk berserta dengan boring pesanan dan kaedah pembayarannya sekali.

Sasaran pengguna.

Kenalpasti pengguna yang menjadi sasaran anda kerana ia dapat membantu anda memastikan laman web tersebut mencapai objektif pembangunannya. Misalnya anda menjual buku kanak-kanak ,anda memerlukan laman web yang berkonsepkan kanak-kanak iaitu ceria dan menarik . Mengetahui pengguna sasaran memudahkan anda membangunkan konsep atau tema laman web.

Kemampuan pengendalian.

Buat bajet mengenai kos yang terlibat seperti penyewaan tapak laman pada pelayan web, rekabentuk laman web pada kali pertama, dan seterusnya pengurusan Laman web tersebut.

Masa juga adalah kos kepada anda kerana anda memerlukan masa yang cukup untuk mengemas kini maklumat pada laman web.

Penilai prestasi.

Tetapkan kriteria yang dapat mengukur keberkesanan laman web anda untuk melihat sama ada anda telah mencapai matlamat yang diingini atau tidak. Contohnya, jika laman web anda menyebarkan informasi, maka jumlah kunjungan pengguna adalah penting untuk mengetahui seramai manakah pengunjung yang telah mengunjungi laman web anda. Anda juga boleh mengadakan poll untuk mengetahui sejauhmanakah penerimaan dan pemahaman pengunjung terhadap laman web anda. Ini akan memudahkan anda membuat perubahan kepada laman web anda atau untuk merangka strategi promosi.

Promosi laman web

Strategi untuk menggalakkan pengguna mengunjungi laman web anda adalah penting. Jika dibiarkan, laman web anda mungkin tidak ada seorangpun yang tahu kewujudannya. Untuk itu alamat laman web (URL) perlu didaftarkan pada enjin gelintar samada secara percuma mahupun berbayar .Ini akan memudahkan pengguna mengunjungi laman web anda dengan mencari maklumat yang berkaitan dengan tema laman web anda.

Penyambungan Laman Web

Setelah mengenalpasti matlamat projek laman web, seterusnya anda perlu menentukan sama ada anda ingin membangunkan laman web yang akan diletakkan pada Internet atau Intranet. Laman web yang diletakkan di Internet membolehkan laman web anda dilayari secara sejagat. Sebaliknya laman web di Intranet hanya meliputi satu lingkungan tertentu yang berdekatan seperti dalam satu pejabat atau dalam satu bangunan. Walaupun kedua-dua teknologi mi adalah sama, keperluan pengguna adalah berlainan. Laman web yang diletakkan di Intranet pada kebiasaannya adalah untuk keperluan operasi harian sesebuah syarikat. Sementara penggunaan internet pula membolehkan anda berkongsi maklumat keseluruh pelusuk dunia mengikut jaringan yang anda pilih. Justeru iu untuk membuat penyambungan anda perlulah menimbangkan samada untuk menggunakan internet atau intranet . Ianya juga bergantung kepada tema atau jenis laman web yang hendak anda bangunkan Anda juga perlulah merancang cara untuk mengemaskini fail-fail web anda dimasa akan datang .

Untuk membolehkan laman web anda dicapai oleh penguna, anda haruslah mempunyai tapak serta perkhidmatan yang boleh mencapai laman web anda

Perkhidmatan ini lebih dikenali sebagai Internet Service Provider .Terdapat banyak syarikat yang memberikan perkhidmatan capaian kepada internet. Contoh ISP di Malaysia ialah Jaring dan TMnet.

Terdapat pelbagai jenis ISP yang ditawarkan diantaranya ialah:-

FreeISP: memberikan tapak web percuma

SubscriptionISP : pengguna perlu melanggan untuk mendapatkan tapak web

Co-hosting: membenarkan pengguna meletakkan pelayan web di ISP

In-house: memberikan alamat Internet Protocol yang tetap kepada pengguna dan membolehkan pengguna meletakkan pelayan web ditempat sendiri

Anda perlulah memilih berdasarkan matlamat yang telah anda tentukan sebelum ini. Misalnya, anda boleh memilih FreeIsp jika laman web anda hanya untuk menyampaikan maklumat sahaja atau sekiranya anda merupakan satu organisasi yang kukuh dan stabil, anda bolehlah memilih In-house ISP

Setelah memilih ISP anda perlu memilih cara penyambungan ke internet. Ini termasuklah modem, ISDN dan leased line.

Penyambungan menggunakan modem adalah yang paling murah dan ianya disokong oleh semua ISP. Ini amat sesuai jika laman web sekadar meyampaikan maklumat. Namun begitu sambungan ini adalah lambat dan mudah terputus bergantung kepada kesesakan dan kelegaan talian yang digunakan

ISDN (Intergrated Services Digital Network ) memeberikan sambungan dial-up yang lebih efektif dan disokong dengan kelajuan modem sehingga 128kb. Sesuai jika anda mahu menjalankan perniagaan diatas talian


Leased line pula sesuai jika anda merupakan sebuah organisasi yang kukuh serta menggunakan pelayan in-house namun begitu ianya memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan perkakasan penyambungan serta talian sambungan tetap .

Pendaftaran Domain

Nama domain merupakan nama laman web anda di Internet. Oleh itu setiap nama domain adalah berbeza.

Nama domain perlu didaftarkan kepada Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN, www.icann.org) yang akan melantik pendaftar-pendaftar yang sah.

Di Malaysia, pendaftar nama domain adalah MYNIC (rujuk Rajah 4.2). Berikut adalah beberapa panduan untuk mendaftarkan nama domain:

• Nama domain untuk perniagaan di Malaysia adalah diakhiri dengan .com.my. Jika perniagaan anda bersifat antarabangsa, nama .com adalah yang terbaik.

• Untuk mengelakkan pesaing anda menggunakan nama domain syarikat anda, daftar untuk kesemua jenis nama, iaitu .com, .com.my, .net.

• Nama domain adalah satu perkataan yang bersambung dengan terdiri daripada abjad, nombor, dan sengkang (-). Aksara lain (!, #, $, “, &, dan sebagainya) tidak boleh digunakan.

• Yuran pendaftaran satu nama domain di MYNIC adalah RMIOO.OO. Yuran tahunannya adalah RMIOO.OO.

Web Hosting

Setelah mempunyai nama domain anda memerlukan tapak atau pelayan untuk meletakkan laman web anda. Terdapat dua jenis web hosting iaitu:

  1. Hosting Percuma
  2. Hosting Berbayar

Hosting Percuma

Tapak yang disediakan oleh syarikat tertentu tetapi anda harus menayangkan banner periklanan syarikat tersebut Diantara syarikat yang memberikan perkhidmatan ini termasuklah cjb.net, geocities, freebies dan banyak lagi

Hosting Berbayar

Penggunaan web hosting ini adalah umpama anda menyewa tapak perniagaan dimana sewa bulanan atau tahunan dikenakan. Terdapat berbagai pakej web hosting yang ditawarkan di Internet yang berharga dari RM20 sebulan hingga RM100 sebulan bergantung kepada kapasiti storan yang ditawarkan misalnya 1 gigabyte dan sebagainya.

Setelah menetapkan matlamat dan memilih ISP, mendaftarkan nama domain serta memilih tapak laman web barulah anda boleh membangunkan laman web .

Pemilihan Struktur Laman web

Terdapat berbagai jenis atau struktur laman web diantaranya:

  1. Linear
  2. Hierarki
  3. Grid

Linear

Struktur linear ialah keadaan setiap fail dalam laman web dihubungkan kepada laman web seterusnya dan sebelumnya dalam bentuk rantaian.

Hierarki

Struktur aturan laman web yang bermula dengan topik yang am dan dihubungkan kepada topik-topik yang lebih khusus.

Grid

Laman web yang disusun dalam bentuk matriks dengan bilangan lajur dan baris tertentu.

Comments

Siti Aishah said…
berapa kos yang diperlukan dalam membangunkan sesebuah laman web ?

Popular Posts