Posts

Showing posts from June, 2012

Kerana Euro 2012

Image

Bolasepak dan judi ibarat lagu dan irama

Image
Demam bola sepak kembali lagi. Kali ini Ukraine & Poland. pulak akan menganjurkan Kejohanan Eropah atau lebih mesra dengan nama  UEFA Euro 2012 . Kalau dulu Paul Si Sotong jadi mangsa sekarang ni Citta Sang Gajah pulak orang mintak ramalkan keputusan bolasepak.Apa kebendanya diorang ni kalau nak judi mesti kena tenung nasib dulu. Kalau dah memang taik judi nak buat camner nasihat pun dah tak guna. Bila dah terkangkang nanti kerana kalah besar nanti menangis pun dah tak berguna. Biarlah orang yang berjudi itu tenggelam dalam dosa mereka kita yang tak berjudi ni janganlah sekali-kali mencuba supaya tak terjebak. Renungkan dan fikirkan "Wahai orang – orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi , bertenung nasib dan juga berhala – berhala merupakan najis dan sebahagian daripada amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya (yakni di dunia dan di akhirat)". (al-Maidah : ayat 90)

APA ITU WEB KOMIK? Part 4: Medium Penghasilan Web Komik

Image
Selain dari lukisan biasa samada secara manual iaitu menggunakan pen dan dakwat serta kaedah digital menggunakan pen tablet atau peranti lukisan bermonitor terdapat juga pengkarya menghasilkan komik mereka menggunakan medium seperti imej 3D, foto yang dimanipulasi , permainan figura dan sebagainya. Diantara contohnya:- 1. Foto manipulasi Komik yang dihasilkan melalui foto yang dimanipulasi Rajah 1 Foto manipulasi Dipetik dari http://photos23.flickr.com/27995686_2748d974a5.jpg 2. Permainan figura Menggunakan figura permainan sebagai karakternya Rajah 2 Permainan figura Dipetik dari http://www.neomonsterisland.com/tktarkv/vol3/030/1455/1.html 3. Imej 3D Menggunakan imej 3D didalam menghasilkan komik Rajah 3 Imej 3D Dipetik dari http://ianli.com/site/uploads/Art/dexters_lab.jpg 4. Model Tanah liat atau clay Menggunakan model yang dihasilkan menggunakan tanah liat didalam menghasilkan komik Rajah 4 Model Tanah liat atau clay Dipetik dari http://fc23.devian...

APA ITU WEB KOMIK?Part 3: Kategori / Gaya Web Komik

Image
Berdasarkan dari pemantaun yang telah dibuat dengan melayari beberapa web komik yang berlainan medium dan bentuknya pengkaji mendapati web komik ini boleh dikategorikan seperti berikut:- 1. Komik Konvensional Komik ini merupakan komik biasa iaitu komik strip dan komik ‘loose ‘satu muka samada yang dilukis secara tradisi dan diimbas kedalam komputer atau yang dilukis menggunakan pen tablet atau tetikus menggunakan perisian seperti Ms-Paint, Photoshop, Illustrator dan sebagainya dan di muat naik untuk dipaparkan buat tatapan audien pada laman web atau blog . Komik ini hanya menggunakan laman web atau blog untuk tujuan paparan dan tidak menyediakan elemen multimedia sebagai tambahan. Rajah 1 Komik Konvensional dipaparkan dalam Blog Dipetik dari http://ijoikatun.blogspot.com/search/label/Hikayat%20Pendekar%20vs%20Samurai 2. Komik Interaktif Komik ini menggunakan kaedah interaktif yang dihasilkan melalui perisian Flash. Ia dipaparkan di web menggunakan format flash. Didalam ko...

APA ITU WEB KOMIK? Part 2:Peringkat Web Komik

Image
McCloud (2000) telah membahagikan web komik kepada 3 peringkat iaitu: 1. Penghasilan secara digital Komik dilukis dan dihasilkan menggunakan peralatan dan peranti komputer. Proses pembikinan komik dijalankan secara digital dari peringkat lakaran hinggalah ke peringkat mewarna dan memasukkan teks. Untuk tujuan itu pengkarya mengunakan pen tablet , tetikus serta  peranti melukis atau tablet monitor. Disamping itu bagi  lukisan yang menggunakan medium tradisisional iaitu dakwat dan pen, lukisan tersebut akan diimbas masuk kedalam komputer untuk menjalani proses mewarna, grafik dan teks Rajah 1 Penggunaan pen tablet Gambar ikhsan dari http://www.slashgear.com/gallery/data_files/1/4/6/wacom_bamboo2.jpg 2. Penghantaran secara digital Dalam peringkat ini komik yang telah siap akan dihantar melalui media digital kepadapembaca. McCloud 2000 berpendapat penghantaran ini bukanlah menggunakan media digital seperti CDROM tetapi menggunakan  media internet sebaga...

APA ITU WEB KOMIK? Part 1:Pengenalan

Image
  Tiada kamus yang mendefinisikan dan mengistilahkan web komik secara terus. Ia sebenarnya dipinjam dari perkataan bahasa Inggeris “web comic” iaitu gabungan dua perkataan yang merupakan dua elemen berbeza iaitu web dan komik . Web sebenarnya merupakan singkatan bagi ‘ world wide web’ dan ianya merujuk kepada protocol penghantaran atau perkongsian dokumen didalam rangkaian internet. Sementara komik pula telah dihuraikan sebelum ini sila rujuk kuliah terdahulu @ http://ijoikatun.blogspot.com/2011/05/apa-itu-komik.html . Namun begitu Web komik atau digital komik didalam kajian ini merujuk kepada komik yang dipaparkan di komputer dalam suasana digital serta memerlukan capaian kepada internet.Internet merupakan media penghantaran dan perkongsian untuk komik ini dipaparkan dan di baca oleh audien. Menurut Fenty, Sean, Trena Houp and Laurie Taylor (2008) didalam artikel yang berjudul "Webcomics: The Influence and Continuation of the Comix Revolution." Web komik sebenarnya...