Posts

Showing posts from February, 2013

Pinggan

Image
Kat rumah korang mesti ada pinggan mangkuk didalam almari bukan? Itu adalah biasa. Jangan terkejut ada jugak yang letak kuali atau periuk belanga malahan dapur didalam almari.


Dalam rumah ada pinggan pinggan cantik tak pernah lihat.


Kalau dah alah membeli kenalah menang memakai.
Jangan memboros jangan membazir tapi jangan pulak kedekut dan bakhil. Ambil jalan tengah diantaranya. Begitulah indahnya agama ini menyuruh kita bersederhana dalam segala aspek kehidupan ini. Carilah harta seolah akan hidup selamanya dan beramallah seolah akan mati kejap lagi.



Bomoh

Image
x




Jangan ada benci. Kita semua bersaudara.Kita hanyalah hamba tiada daya dan upaya.  Kita semua serupa dijadikan dari tanah, mati pun dimasukkan dalam tanah. Hanya amalan membezakan kita. 
"Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa)."   "Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun). " Surah Al Mulk ayat 1 dan 2



Angkasawan

Image
Orang yang ke angkasa dinamakan angkasawan.
Laa iye ke? ingatkan angkasawan itu ialah orang yang sawan akibat angka. misalnya orang yang selalu kira duit juta-juta tup-tup melingkup  terus sawan.
Setinggi manapun kita sampai jangan dilupakan tanah yang kita mula merangkak, bertatih , menapak dan berlari .





Tak kemana pun kita. setinggi mana kedudukan kita yang pasti semua itu milik ilahi.
Hikmah kejadian kita dari tanah supaya kita renung tenung dan fikir itulah asal kita. Tanah yang dipijak pijak diinjak-injak dilanyak-lanyak. Yang kalau diberi sekampit pun pada kambing pasti beliau tak mahu memamahnya. Dan ingatlah jua kejadian kita iaitu dari nutfah atau bahasa mudahnya air mani yang hina yang kalau jatuh ketanah ayam tak patuk itik tak sudu .


Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Ka…

Need Design? Contact Us NOW!

Need Design? Contact Us NOW!