Kita sering teruja dengan sesuatu yang popular dan top dalam dunia ini, dek kerana itu lah semua wartawan, karyawan, dan cawan berusaha mendapatkan bahan yang popular dan top untuk dikongsikan atau dipaparkan. Kebiasaannya yang tertop selalunya yang terbaik dan yang terbaik selalu tertop walau kekadang yang top tu tak semestinya baik. Untuk keluar dari kebiasaan itu maka dengan ini team Top 6 telah menjelajah keserata alam untuk mengutip dan mengumpul segala maklumat mengenai perkara-perkara atau apa sahaja yang boleh dikelaskan kedalam carta Top 6 . Kenapa tak Top 10? pasal semuanya asyik top 10 je ,dari carta lagu, carta filem,carta hiburan membawa ke carta pai semuanya guna top 10 , Boringlah pulak. Jadi kita gunalah Top 6 didalam mencari kelainan. Segala yang tersenarai dalam top 6 ini semuanya telah dikaji, diteliti dan ditimbang sewajar-wajarnya walaupun kami tak pasti berapa kilo beratnya namun ianya boleh dijadikan bahan santai untuk dipikirkan bersama. ...