Koleksi Kad Ucapan Aidilfitri Kartun


Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun raya lambat lagi namun lagu raya dah berebut-rebut berkumandang di corong radio dan televisyen , promosi raya jangan cakaplah belum puasa lagi dah mula. Sedangkan ibadah pun masih takat tu lagi.
Usaha harus diteruskan... Lailatul Kadar perlu dicari dan peluang harus direbut walau masa semakin suntuk. Kan indah bila orang kita mencari dan merebut lailatul kadar seperti mencari dan merebut kain di Kamdar.
Ramadhan semakin hampir ke penghujung jadi kita harus pulun lebih lagi tapi bukanlah pulun bab buat kuih, bab jahit langsir ,beli baju , tukar sofa dan seangkatan dengannya tapi pulunlah ibadah qiamualail dan tadarus AL Quran.
Kalau berkesempatan dan mampu cubalah beriktikaf di masjid pesan aku pada diriku walau dah bertahun berazam namun masih lemah lagi untuk melaksanakannya.
Walau apapun Moga raya tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang telah berlalu.Bergembiralah menyambut kemenangan bagi mereka-mereka yang telah berjuang dan hayatilah makna aidilfitri yang sebenarnya iaitu bertakbir membesarkan ALLAH agar musuh-musuhNya gentar dan gerun bila nama Allah ditakbirkan.
Berharaplah agar sebulan berpuasa mendatangkan keberuntungan bukannya sekadar lapar dan dahaga.
Bermohonlah agar diberi kekuatan untuk beristiqamah dalam amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan.
Janganlah sesekali tinggalkan AlQuran dan ALSunnah. Hanya itu sahaja pembimbing kita dijalan yang lurus dan diredhai Allah.






Bersabarlah atsa segala dugaan dan bersyukurlah atas segala nikmat kerana sabar dan syukurlah mendekatkan kita denganNya.

6 Perkara Paling Popular di Hari Raya

Comments

Popular Posts