Debab : Sebermula
Debab! Debab! Debab... Masih tengiang di telinga akan ejekan dari budak-budak kampung sebentar tadi. Namun dia dah tak kisah dengan semua itu. Sudah sebati dengan dirinya kerana bukannya sekali dua malahan dah setahun dua berterusan semenjak dia duduk dengan atuk dan uwannya di kampung setelah pemergian kedua ibu bapanya. Ooh jadi kau ni anak yatim piatulah ye.. Eh!.. Tak lah.mak bapak aku masih hiduplah diorang pergi bekerja dibandararaya katanya. Aahh. Tak usahlah dilayan ejekan dan bulian budak kampung ni lagi pun kau memang gemuk pun. Bisik hatinya. Aik hati aku pun nak ejek aku. Ah lantak lah.. Dalam ramai-ramai bebudak kampung tu, Karimlah yang paling hebat mengejek dan membulinya, Asal jumpa je pasti dia kena buli. Weeekk ! Debab! Badan pun bulat dah macam bola takyah lah main bola lagi. Debab teringat kata-kata Karim ketika kali pertama dia ke padang dengan tujuan untuk join bermain bola bersama dengan bebudak kampung. Kata-kata itu mematahkan terus semangatnya untuk berkec...