Impian Debab

Satu hari Debab tinggal bersendirian kerana Uwan dan Atuknya ada urusan di kotaraya. Akibat terlalu bosan duduk di rumah Debab memutuskan untuk pergi bersiar-siar didalam kampungnya . Debab pun mencapai sekeping biskut lemak lantas dicecahkan kedalam Milo yang dibuat oleh Uwannya tadi. Dibalutnya biskut tersebut dengan sehelai tisu dan dimasukkan kedalam poket seluar disebelah kanan seluarnya. Setelah menuruni anak tangga dan merapatkan pagar rumahnya Debab pun mencabut rumput ditepi rumah jirannya lantas disuapkan kepada seekor anak lembu yang kelaparan yang di tambat oleh Pak Meon. Selesai mengelap mulut anak lembu tersebut Debab pun meneruskan impiannya iaitu untuk bersiar-siar. Sewaktu sedang berjalan Debab terpijak sebuah gulungan kertas. Debab pun mengangkat dan membuka gulungan tersebut. Kertas tersebut berupakan lakaran sebuah peta. Wah!ini mesti peta harta karun ni bisik Debab pada seekor biawak yang kebetulan melintas dihadapannya. Biawak tersebut terkejut lantas berlari pantas dan mengakibatkan kambing Pak Aji yang sedang meragut rumput menjadi panik lantas dia pun lari lintang pukang. Debab pun menggulung semula peta tadi dan memasukkannya kedalam baju kerana hendak dimasukkan dalam poket seluar tidak muat. Debab pun terus menuju ke rumah Laili kawan baiknya. Setibanya di rumah Laili Debab pun menyepak angsa peliharaan Pak Jiman iaitu tukang kebun yang mengambil upah berkebun di kebun kepunyaan Atuk Laili punya jiran . Angsa tersebut pun meraung dan menangis lantas pergi mengadu kepada persatuan itik angsa peringkat antarabangsa yang di pimpin oleh Mr Donal Duck. Debab meneruskan semula perjalanannya hinggalah dia berhenti di sebelah tiang yang memaparkan signboard BUS STOP . Debab pun duduk pada bangku yang disediakan. Disebelahnya seorang Nenek dengan cucunya yang kelihatan resah. Tunggu Bas ke Nek? Taklah, Nenek tunggu cucu nenek ni tunggu bas sekolah dia. Oohh gitu. Nenek tak sekolah ke? Zaman nenek dulu mana ada sekolah cu. Iya ke Nek, isk isk isk kesian ye. Ni cucu nenek ni sekolah ke. Tak, dia belum sekolah lagi. Habis tu kenapa tunggu bas sekolah. Kakak ngan abang dia yang naik bas sekolah tu , Nenek dan cucu nenek ni tunggu mereka balik lah. Ohh iye ke Nek, kalau gitu saya mintak diri dululah ye Hah tu pun bas saya sampai kata Debab sambil menunjuk kepada bas yang semakin hampir. Kaya betul cucu ni ye, ada bas sendiri. Eh maksud saya bas yang saya nak naik, bukannya bas tu saya punya. Setelah menahan Debab pun menaiki bas tersebut dan terus menuju ke arah tempat duduk belakang. Seketika kemudian konduktor bas pun tercegat di depannya lantas meminta duit tiket. Debab memberi wang yang dipinta dan membuka tingkap bas. Angin menderu-deru masuk menghembus kewajahnya. Didalam bas tu tidak ramai cuma Debab , konduktor dan pemandu bas sahaja yang menaiki bas itu. Tiba-tiba Debab menjerit Bang! Bang! . Konduktor yang separuh terlelap terkejut lantas bingkas ke tempat duduk Debab. Hah Apasal Dik? Alamak Bang, saya baru teringat lah Bang, Kenapa? Ada barang tertinggalke? Takdelah, saya baru teringat masa saya mengambil keputusan untuk bersiar – siar tadi saya tak rancang pun nak naik bas, saya ingat nak jalan kaki je, Ni tetiba dah ternaik bas. Kiranya tak kesampaianlah objektif dan matlamat asal saya. Moral of the story: Gagal merancang merancang kegagalan

Comments

Popular Posts