Apa itu Multimedia
Penciptaaan komputer pada pertengahan abad ke 20(1940–1945), dan seterusnya rangkaian internet pada penghujung 80an serta kewujudan ‘ World Wide Web ‘ pada 1992 telah membawa dunia ke era teknologi maklumat .Hampir semua pekerjaan dan bidang telah mengaplikasikan penggunaan komputer sebagai akses atau capaian kepada maklumat didalam sektor masing-masing. Dari sektor industri hinggalah ke sektor pertanian termasuklah jua sistem pendidikan tidak ketinggalan untuk memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat ini. Bukan setakat itu sahaja malahan ianya melibatkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat secara individu dan peribadi. Didalam buku ”Management Information Systems:Strategy and Action” Charles S. Parker (1989) ms 4 menyebut “Perkembangan pesat sistem komputer dan teknologi maklumat telah menyaksikan dunia kini berada didalam era maklumat. Dimana hampir kesemua pekerjaan terlibat dengan maklumat sebagai contohnya guru, akauntan, peguam, dan pengurus kesemuanya dili...