Jamming Session bersama Perimu
Jamming session oleh Atuk
Tak sempat nak berkartun dua tiga menjak ni kerana disibukkan oleh dunia ini. Antara kesibukan yang melanda diri ini ialah penganjuran Mini Karnival Perimu yang akan berlangsung Sabtu 7 julai ni kat Desa Rejang Setapak ( bersebelahan dengan asrama UTM).
klik utk petunjuk arah : http://www.streetdirectory. com.my/malaysia/kl/travel/ travel_id_16072/travel_site_ 232/
Macam biasa kerja aku mereka apa yang patut direka, bila dah reka hantar print bila dah print maka upacara gantung menggantung banner pun berlangsunglah malam tadi hingga ke pagi. Yang hebatnya selesai sahaja banner terakhir digantung hujan pun pun mencurah dengan lebatnya. Mahasuci Allah yang pasti menolong sesiapa yang menolong agamanya. Itu janji Allah didalam Al Quran dan janji Allah itu benar dan pasti.
Nak tahu lanjut apa itu perimu klik sini >>http://studioperimu.blogspot.com/
Nak tahu lebih lanjut tentang program yang diatur baca flyers dibawah
ABSTRAK
Mini Karnival PERIMU ini adalah suatu program kemasyarakatan yang bertitik tolak dari “Ekonomi &
Siasah Hidup Di Dalam Islam, Suatu Titik Mula”
Ianya adalah suatu program yang di rangka bagi membantu para NGO dan pengeluar produk kecil-
kecilan bumiputera, agensi persendirian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di dalam pengenalan dan
promosi produk bagi mendapatkan pasaran secara umum.
Program muzakarah, ceramah & forum ekonomi diadakan bagi membantu para pengunjung mendapat
pengetahuan selain daripada menikmati produk dan program acara yang dianjurkan.
Melalui program ini, pembangunan komuniti dapat diberikan secara tidak langsung dengan aktiviti yang
berterusan terutama kepada belia, remaja & keluarga agar mendapat bimbingan pengetahuan secara
umum terhadap pendidikan secara tidak formal di dalam mencapai suatu maksud hidup yang bermakna
lagi harmoni agar mendapat keredhaan Allah SWT.
OBJEKTIF
Membantu memperkenalkan produk para peniaga & pengeluar bumiputera kecil-kecilan
Bimbingan di dalam ekonomi Islam
Peluang-peluang perniagaan pada jangkamasa acara
Informasi dari NGO yang mengambil bahagian
Pembangunan Komuniti & pendidikan untuk belia & remaja
CADANGAN TAJUK-TAJUK CERAMAH
Islam menganjurkan perniagaan
Perniagaan, pekerjaan & keberkatan
Adab sopan di dalam perniagaan Islam
Sosial & kemasyarakatan di dalam Islam
Pentingnya Pendidikan Di Dalam Islam - Ilmu
SASARAN
Masyarakat umum yang terdiri daripada;
1. Ibubapa
2. Para Pelajar Sekolah Menengah
3. Belia dan Remaja
Orang kita terutama para remaja amat suka muzik dan hiburan justeru kita menyusur kedalam hemoglobon mereka melalui muzik dan hiburan untuk membawa dna mereka ke pintu gerbang ilmu.
Jazakallah
Comments