Posts

Showing posts from March, 2013

Orang Sukses

Image
Clip art kali ini berjudul :Gembira meraikan kejayaan. Clip art versi statik dan animasi gif sesuai untuk menggambarkan saat kegembiraan meraikan kejayaan.

Selamat Hari Wanita

Image
Istimewa kepada semua wanita yang betul-betul wanita bukan yang berpakaian wanita atau mewanitakan dirinya.  Yang paling istimewa dan dikasihi dan disayangi wanita-wanita dalam hidupku iaitu ibu, isteri, nenek, anak-anak, ibu mertua dan seterusnya tak lupa juga buat ibu saudara, makcik, sepupu, ipar duai, saudara mara , anak buah dan kengkawan. Selamat Hari wanita dan selamatkanlah wanita. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bag...

Tema Perkahwinan

Image
Budak sekarang ni kalau kahwin mesti nak ada tema.  Tak mengapalah biarkanlah jangan dengki, irihati mahupun cemburu. Semua terletak kepada kemampuan sendiri.  Cuma yang kesian ialah orang-orang kampung dan warga-warga emas yang kadang-kadang kesian kita tengok macam kekok untuk menghadiri majlis tersebut.  Jangan kita ingat semua orang dalam mukabumi ini mewah dan berada.  Majlis kenduri kendara biarlah berpada supaya semua sanak saudara ipai duai sahabat handai periuk belanga  dapat menikmatinya. Pernah terjadi pada seorang makcik kepada jiran punya makcik  seperti yang diceritakan oleh jiran dia tidak pergi ke majlis perkahwinan anak sedaranya hanya kerna tiada baju berwarna lemak ketam yang menjadi tema majlis persandingan tersebut dimana didalam jemputan memprotokolkan pemakaian warna tersebut.   "Alaaa!!! Mano acik nak cari'an baju lomak kotam ni haaa!! Kok  kotam banyaklah kek pasar tu.!!!" Rungit beliau ketika konflik ters...