Posts

Showing posts from December, 2012

Craquelure

Image
Apa Craquelure ni? sejenis kuih cakoi ke? atau adik beradik Char Kue Tiau? Craquelure ni sebenarnya tekstur yang terhasil dari rekahan permukaan sesuatu material misalnya cat pada dinding atau lukisan mahupun tanah yang kering kontang.  Saja aku tampalkan kat sini antara corak rekahan yang telah aku reka dan gunakan sepanjang 2012 sebagai kenangan. Kebanyakannnya aku gunakan sebagai latarbelakang untuk menghiasi rekabentuk visual seperti poster, bunting, backdrop,flyer, banner dan banyak lagi. Ia juga boleh digunakan sebagai filter untuk tambah efek pada foto anda.  Kalau berminat salin atau muat turun dan gunakanlah sebagai latar belakang blog, laman sesawang atau apa sahaja rekaan anda mengikut kreativiti  jemala anda. Baru Selamat Tahun 2013. 

2013

Image
Tahun berubah  lagi. Sudahkah anda berubah? Berubahlah anda mampu mengubahnya. Ini semua karekter yang telah menghiasi dan menceriakan tahun 2012 aku. Tahun 2013 pasti akan muncul lagi banyak karekter. Beusahalah. Selamat tahun baru dan azam baru atau azam lama diperbaharui. Semoga anda sentiasa dalam keredhaan Allah hendaknya.

Usaha Tangga Kejayaan

Image

Sentul & Sentil: The Beginning

Image
Masa memula nak study tak de duit maka buatlah pinjaman , tapi bila dah habis study dah keje best best gaji besar-besaran tak de duit pulak nak bayar pinjaman. Apa daa sindri pinjam sindri mau ingat aarr. Diri kita pun hanyalah pinjaman sementara, sampai masanya akan ditarik balik dan dipersoalkan apa yang telah kita buat sepanjang tempoh pinjaman itu. Banyak yang baik ...baiklah balasannya kalau banyak yang buruk.....buruklah jua balasannya. Sungguh mudah teori itu tapi terlalu sukar untuk dilaksanakan kenape yeee..