Teori Konspirasi
Apa yang kau fikirkan tu? Aku tengah fikir bagaimana hendak berfikir tanpa perlu berfikir Aku tengah fikir bagaimana tanpa berfikir aku boleh berfikir Aku tengah fikir bahawa aku perlu fikir seperti golongan yang berpemikiran Aku tengah fikir bagaimana nak ajak kau fikir apa yang aku fikirkan Aku tengah fikir bagaimana nak ajak orang ramai memikirkan apa yang patut dipikirkan dan tidak memikirkan apa yang tak patut dipikirkan Aku tengah fikir bahawa sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikiran Aku tengah fikir bahawa sesunguhnya pada kejadian langit dan bumi ini terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikiran Aku tengah fikir bahawa sesungguhnya pada penciptaan manusia dari setitis mani yang tak bernilai yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu hinga sempurna tubuh badan jua terdapat tanda-tanda kebesaran Allah Aku tengah fikir kenapa setelah Al...