Teori Konspirasi
Aku tengah fikir bagaimana hendak berfikir tanpa perlu berfikir
Aku tengah fikir bagaimana tanpa berfikir aku boleh berfikir
Aku tengah fikir bahawa aku perlu fikir seperti golongan yang berpemikiran
Aku tengah fikir bagaimana nak ajak kau fikir apa yang aku fikirkan
Aku tengah fikir bagaimana nak ajak orang ramai memikirkan apa yang patut dipikirkan dan tidak memikirkan apa yang tak patut dipikirkan
Aku tengah fikir bahawa sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikiran
Aku tengah fikir bahawa sesunguhnya pada kejadian langit dan bumi ini terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikiran
Aku tengah fikir bahawa sesungguhnya pada penciptaan manusia dari setitis mani yang tak bernilai yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu hinga sempurna tubuh badan jua terdapat tanda-tanda kebesaran Allah
Aku tengah fikir kenapa setelah Allah sempurnakan kita , kita berpaling lalu ingkar.
Aku tengah fikir apabila aku ingkar maka Allah akan murka
Aku tengah fikir apabila Allah murka pasti Allah akan menimpakan azab seperti kaum kaum yang terdahulu
Aku tengah fikir bagaimana nak suruh semua orang melakukan yang makruf dan meninggalkan segala kemungkaran agar azab yang menimpa kaum terdahulu tidak menimpa kita.
Comments