Hikayat Pendekar vs Samurai
Sinopsis Hikayat Pendekar vs Samurai ini mengisahkan pertarungan sengit diantara Pendekar Helang Putih dan Samurai Naga Hitam yang cuba menguasai dunia kepahlawanan dimana masing -masing cuba mencari dan memiliki Kitab Hikmat Terunggul untuk menguasai hikmat yang paling hebat di maya pada. Bukan mudah untuk mencari Kitab tersebut memandangkan ianya tiada dalam pasaran samada pasar lambak mahupun pasar borong. Jadi memasing pun mengembaralah keseluruh pelusuk dunia .Dalam pengembaraan tersebut mereka sering bertempur untuk membuktikan hikmat siapa yang paling best. Segala pertarungan, pertempuran, pertembungan, pergaduhan, percakaran ,dan perbalahan serta perlawanan samada secara langsung ataupun siaran tertunda diharungi oleh mereka namun tiada kesudahan walaupun ditambah masa kecederaan dan sepakan penalti. Tiada yang menang atau kalah malahan seri pun tak pernah, Ini adalah kerana masing-masing tak mengaku kalah. Berilah apa pertandingan pun dari pertandingan memasak, mengubah ...