Apa itu Komik?
Komik boleh didefinisikan “sebagai satu teknik menyusun gambar atau imej dan teks menjadi satu naratif untuk menyampaikan sebuah cerita atau idea. “seperti yang telah dinyatakan oleh Will Eisner 1985 ( foto) yang juga digelar bapa komik dimana beliau bertanggungjawab memperkenalkan novel grafik menerusi karya “A Contract with God” yang diterbitkan dalam tahun 1978. Scott McCloud (1994) didalam bukunya berjudul Understanding Comics menjelaskan “ Komik merupakan gambar atau imej yang disusun secara turutan dan diletakkan berdampingan” Komik secara tradisinya terdapat pelbagai jenis diantaranya: 1. Komik strip Komik ini merupakan komik yang biasa terpampang didada akhbar, Panelnya terdiri dari satu,dua dan tiga petak. Terdapat juga kartunis yang mengunakan 4 petak. Selain melintang susunan panelnya juga ada yang menegak. Komik ini antara yang tertua di dunia dan ianya juga dipanggil komik editorial memandangkan komik jenis ini diperkenallkan diakhbar. Diantara syarikat ...