Aku, Kartun dan Seni Rekaan Grafik
Lama betul aku bergelumang dengan kartun ini sejak di bangku sekolah lagi walaupun aku tak pernah menconteng bangku disekolah aku. Walaupun tidak secara sepenuh masa aku tetap mencuri-curi peluang melukis kartun secara tak sepenuh masa walaupun masa yang digunakan untuk melukis kartun perlulah penuh kalau tak cukup masa macam mana nak siapkan kartun.
Aku berkartun secara sesuka kerana ianya ada dalam hemoglobin ini. Aku rasa amat bertuah kerana pernah dibimbing oleh Raja Kartun Malaysia Allahyarham Rejabhad . Allahyarhamlah yang membuka pintu pertama aku untuk berkartun apabila menelepon aku untuk menghadiri bengkel kartun sekitar tahun 1991. Hasilnya kartun aku di siarkan di Mekar di GG dan kemudiannya di Harian Metro dan lain lain lagi. Pernah aku disarankan untuk menjadikan kartun karier sepenuh masa namun aku memilih bidang yang lain. Pun begitu cinta terhadap kartun tak pernah pudar dan anugerah Allah ini aku gunakan sebaiknya.
Kartun ini terlalu luas dan universal kegunaannya bukan setakat untuk komik dan animasi sahaja. Bagi sesiapa yang mengatakan kartun hanya untuk bebudak sahaja sebenarnya mereka silap. Aku dah gunakan kartun dalam banyak rekaan yang aku buat dan Alhamdulillah ianya diterima. Antaranya ialah:
Dari bungkusan kerepek hinggalah ke Banner semua aku dah redah dengan kartun aku. Sebenarnya banyak lagi, kalau nak di muat kan semua kat sini nanti takut meletup pulak server.
Sekian, terima kasih
Yang benar
eh..! dah macam surat rasmi pulak
Comments