Posts

Showing posts from October, 2014

Galeri Kartunivasi

Image
Gabungan Kartun Ijoi dan Motivasi Dr Luv  maka lahirlah: Galeri yang menghimpunkan koleksi buku berilustrasi, poster, penanda buku, t-shirt dan pelbagai cenderahati bermotifkan kartun bermotivasi. Siri Poster Kartunivasi  Sila layari https://www.facebook.com/GaleriKartunivasi

Kolaborasi Kartun & Motivasi

Image
Semua orang pasti kenal dengan Dr Luv yang menjadi pakar motivasi di Akademi Fantasia. Nak tahu Info lanjut tentang beliau klik >> http://dr-luv.blogspot.com/ Aku rasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan beliau bila mana kartun kartun aku telah digunakan untuk kuliah-kuliah motivasi dan team buiding yang dianjurkan oleh beliau. Satu pasukan yang mantap  kerana kami mempunyai kelebihan yang berlainan.Beliau bermotivasi dengan kartun sementara aku berkartun dengan motivasi maka tercetuslah Kartunivasi. Dari kacamata beliau medium kartun amat rapat dan dekat dengan jiwa manusia yang sukakan sesuatu yang santai , libur, hibur dan relaks. Audien pun tak rasa stress semasa menghadiri kuliah kerana slide show diselang selikan dengan kartun dan animasi. Dari kacamata aku pulak  aku tak pakai kacamata ekekeke… Aku rasa seronok dan gembira kerana berjaya memperjuangkan nasib kartun hingga diterima khalayak.Kartun bukan lagi bahan bacaan atau tontonan kanak kanak sa...

cakaran jemala ku

Image
Menyonteng -nyonteng cari idea utk papan cerita

Character design with AI

Image
Merekabentuk  watak  menggunakan AI  untuk projek tahun depan... Insya Allah...

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Image
Bukanlah daging atau darah yang sampai kepada ALLAH tetapi ALLAH mahu menguji siapa yang dikalangan hambanya sanggup berkorban harta dan  wang ringgit untuk menyertai ibadah korban.   Adakah kita terlalu sayangkan harta atau sangghup berkorban harta demi keredhaan ALLAH fikirkanlah sejenak kerana sesungguhnya harta hanyalah ujian dari sisi ALLAH s.w.t. Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban Semoga Allah memberkati dan Merahmati Kalian ,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan  agama, dunia dan akhirat. InsyaAllah Bersama ini saya tujukan lagu berkorban Apa Saja karya Seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diu...

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban Semoga Allah memberkati dan Merahmati Kalian ,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan agama, dunia dan akhirat. InsyaAllah Bagi yang tiada kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban perbanyakkanlah takbir memuji kebesaran Allah. Banyakkanlah berdoa dan beristghfar mohonlah agar kita diberi peluang untuk melaksanakan ibadah korban ditahun hadapan jika masih dipanjangkan usia. Hari ini juga merupakan hari arafah . Kemuncak haji iaitu Wukuf di Arafah. Kalau berkemampuan berpuasalah hari ini dan banyakkanlah ibadah dan banyakkanlah berdoa .