Peminat Tegar

Rabu, Januari 11, 2012

Kolaborasi Kartun & Motivasi

 

DRFOTO DRKATUN1

Semua orang pasti kenal dengan Dr Luv yang menjadi pakar motivasi di Akademi Fantasia. Nak tahu Info lanjut tentang beliau klik >> http://dr-luv.blogspot.com/ 

Aku rasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan beliau bila mana kartun kartun aku telah digunakan untuk kuliah-kuliah motivasi dan team buiding yang dianjurkan oleh beliau.

Rezeki tahun 2012.  InsyaAllah aku akan jadi kartunis yang memberi motivasi sementara beliau Pakar motivasi yang memberi kartun. Satu pasukan yang mantap  kerana kami mempunyai kelebihan yang berlainan.

Dari kacamata beliau medium kartun amat rapat dan dekat dengan jiwa manusia yang sukakan sesuatu yang santai , libur, hibur dan relaks. Audien pun tak rasa stress semasa menghadiri kuliah kerana slide show diselang selikan dengan kartun dan animasi.

Dari kacamata aku pulak  aku tak pakai kacamata ekekeke…

Aku rasa seronok dan gembira kerana berjaya memperjuangkan nasib kartun hingga diterima khalayak.

Tahun lepas 2011  aku berjaya membuatkan kartun menakluki bank dengan memulakan langkah merekabentuk poster kempen perbankan dengan medium kartun walaupun pada permulaannya mereka agak sangsi kerana anggap kartun tu macam tuk bebudak namun setelah berjuang berhempas pulas hingga perut memulas  akhirnya Bank tersebut sudah mula menerima konsep kartun bila mana banyak kempen2 mereka menggunakan medium kartun termasuklah kalender untuk tahun 2012. Yang sedihnya mereka tak guna pun kartun aku tapi guna kartun vendor kerana kartun staff diorang tak boleh bayar kerana aku ni makan gaji.Tapi takpelah walau terkilan namun aku rasa gembira kerana aku telah membuka pintu kartun untuk masuk ke bank.

 

motivation cartoon

Tahun ini aku bawak kartun kedalam dunia motivasi. Tahun depan aku nak bawak kartun masuk White House pulak,

Dipetik kata Dr Luv yang kini menjadi mentor aku

"May all of us live to learn and to love, learn to live and to love, and love to live and to learn. Happy living, learning, and loving" -Dr.Luv-

Kata aku

Cintailah Dia yang menyintai kita. Sesaat pun Dia tak melupakan kita. Kita yang selalu lupa leka dan alpa dibuai dunia.

0 kata-kata hikmah:

Perhatian

SEGALA YANG TERKANDUNG , TERKUMPUL DAN TERHIMPUN DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN HASIL KERAHAN DAN PERAHAN AIR OTAK PELUKIS SENDIRI.ADALAH DIMAKLUMKAN JUGA SAYA SEBAGAI PENULIS,PELUKIS DAN PEREKA BLOG INI MENGAKU TIDAK PERNAH MENJALANKAN KEGIATAN SEPERTI PLAGIAT, TERGELIAT, MENIRU, MENIPU, MEMFOTOKOPI ATAU MENCURI HASIL KARYA SESIAPA JUA DIDUNIA DAN DI BIMA SAKTI INI.
Segala yang terkandung dan tercerita juga tiada kena mengena dengan sesiapa jua walau sebesar zarah. Kalau terkena jugak saya memohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya.
SEKIAN
IJOI
KARTUNIS BAWAH TANAH

Catatan Popular