Posts

Showing posts from June, 2010

Berhenti Merokok

Image
Tips Berhenti Merokok, Cara Berhenti Merokok, Teknik Berhenti Merokok walau apapun namanya adalah menyuruh orang untuk berhenti merokok.

Dah lama merokok pastu suruh berenti! Ingat senang macam tekan brek? Tekan je terus behenti.. Susah beb kalau nikotin tu dah jadi darah daging.. kalau sejam tak sedut tak tentu arah dibuatnya.. Itulah antara luahan perokok tegar yang amat susah nak berhenti merokok kalau yang berhenti beli rokok tu mungkin ramai tapi masih pau rokok orang. Jadi kita sebagai kawan, sahabat,saudara, adik, abang, kakak, sepupu, anak, isteri, biras, ketua kampung dan sebagai apa sekalipun perlu prihatin dan bertanggungjawab dengan masalah mereka ini. Untuk menikmati udara yang segar dan bebas dari asap rokok kita perlu menjalankan tanggungjawab kita didalam membantu perokok ini berhenti merokok. Selalunya perokok kalau ada inisiatif untuk berhenti merokok tentu mereka berusaha berhenti dengan pelbagai cara antaranya hisap gula-gula, tidak membeli rokok dan pelbagai lag…

Tutup sebelum tutup

Image
World cup kali ni macam hambar. semua star striker tak score lagi. Team2 star semua macam hampeh dan segan nak score. Mana rooney,messi,ronaldo yang kata score tu macam sos tomato bila keluar sekali mencurah curah akan keluar, Torres, villa, robinho, teves dan lain lain. Takpe baru 1 game. France pun diambang kejatuhan, England lak dah macam liverpool, hanya Gerrard yang berhempas pulas turun naik. Adakah tahun ini kebangkitan Kuasa Asia dalam bolasepak seperti yg ditonjolkan oleh KoreaSelatan, Jepun dan Korea Utara. Penuh disiplin sekali permainan mereka. Kesimpulannya kalau nak main bola jangan lupa tutup aurat.

Wang, Pengaruh dan Kuasa

Image
Adakah wang yang berpengaruh dan berkuasa?
atau Pengaruh yang berwang dan berkuasa atau kuasa yang berwang dan berpengaruh. Kalau aku ada wang, adakah aku akan berpengaruh dan berkuasa? Kalau aku berpengaruh , adakah aku akan berwang dan berkuasa? Kalau aku berkuasa adakah aku akan berwang dan berpengaruh? Wangkah yang beli pengaruh? Atau Kuasa yang mempengaruhi wang? Kalau aku ada wang, aku pun akan sama dengan mereka yang berpengaruh dan berkuasa kerana mereka berkuasa dan berpengaruh disebabkan wang mereka berwang kerana punya kuasa dan pengaruh. Wang boleh beli pengaruh, kuasa dan kain kapan tapi wang tak boleh beli pengaruh,kuasa dan ruang yang selesa di sana..
Selamat berwang dan pastikan wang anda selamat.
Worldcup 2010: Spain 0 Switzerland 1.. cayalah...

Bila awek hisap rokok

Image
Betul ke perempuan hisap rokok pasal nak maintain kurus @ slim, Sejauh mana kebenarannya? kalau tepat sekalipun bermakna kurus itu adalah kesan sampingan dari merokok, tetapi kenapa pada kotak rokok itu tidak pula ditampal gambar awek-awek yang cun yang ramping dan yang slim.Musykil jugak kita kan? Adakah mereka merokok untuk melaram? untuk menarik perhatian? Untuk menghalau nyamuk? atau menghalau lelaki dari menghampiri mereka? Jawapannya ada diluar sana....Hisaplah rokok selagi anda larat menghisap bila dah tak larat atau tak mampu lagi atau dah tak hidup lagi barulah berenti ye.. Selamat hisap rokok walaupun rokok itu tak selamat.

WorldCup: Antara Manusia, Binatang ,Maruah, Judi dan Rasuah

Image
WorldCup datang lagi dan kali ini kembali ke Afrika Selatan. Tengok lah iklan semua pasukan di ikonkan dengan binatang. Adakah manusia sudah mahu menjadi binatang? atau binatang ingin menjadi manusia. Yang pastinya hanya manusia dan bukan binatang yang suka pada Judi dan Rasuah sedangkan binatang amat mementingkan serta mempertahankan maruah mereka.

Masihkan manusia itu bermaruah jikalau rasuah dan judi menjadi makanan hidupnya? Menghalalkan judi apabila dirasuah, Mereka ini lebih rakus dari binatang.... Terkadang binatang itu lebih berperikemanusian dari manusia yang berperikebinatangan. Memang jelas firman Allah manusia2 yang tidak menjaga mata,hati dan telinga adalah diibaratkan seperti Binatang ternak malahan mereka lebih sesat lagi dari binatang2 itu: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk m…

Aku, kau dan dia yang kita panggil Ustaz

Image
Perasan tak korang, walau kemana pun korang pergi korang pasti akan ketemu karekter yang korang sendiri akan namakan ustaz . Tak kiralah kat sekolah ke, kat kolej ke, kat asrama ke, kat tempat keje ke, kat lam komuniti ke,kat taman perumahan ke, kat geng mancing ke, geng camping ke, geng bola ke ntah2 dlm gengster pun ada agaknya tak tahulah pulak pasal aku tak pernah join gengster.
Biasanya kita akan namakan sesorang itu dgn gelaran ustaz kerana ciri2 ustaz yang ditonjolkan oleh seseorang itu walaupun dia bukan lah ustaz sebenarnya dan tak mintak pun gelaran ustaz tu.
Bila kita tengok kawan kita tu yg kita panggil ustaz, tak tertimbulkah atau terdetikkah kita utk mencontohinya. Cuba korang pikir, korang panggil dia ustaz kerana korang rasa dia warak, korang takkan taknak warak macam dia, atau korang saja nak hidup dalam keadaan ketidakwarakkan sepanjang masa. Cuba-cubalah mewarakkan diri selagi di beri waktu dan kesempatan.
Mewarakkan diri bermaksud mendekatkan diri dengan Alla…

Masa itu ...

Image
Usia mudamu kemana kau habiskan?
Bila dibandingkan pepatah melayu dan arab tentang masa barulah kita jumpa kenapa org melayu tidak menghargai masa. Pepatah melayu kata Masa itu Emas. Emas ada nilai kadang naik kdang turun, lagi pulak emas boleh dipajak2 bila sesak, bila dah ok tebus balik, itu agaknya orang kita susah sangat nak hargai masa.. banding dengan pepatah arab..Masa Ibarat pedang..kalau kita tak potong... dia akan penggal kita..tu dia macam tu baru orang takut.. baru hargai masa macam mana hargai nyawa.. apa pun masa yang tinggal semakin sedikit hargailah masa. Demi masa....

Ada ke Patut?

Image
Tak Aci betul!!



Masa ni tengah boring kat opis,memikirkan ketidak adilan yang sedang melanda ...tetiba tercapai marker trus conteng.. pastu bila dah scan terus kaler..beginilah cara untuk hiburkan hati yang boring apa tlintas trus conteng..

Need Design? Contact Us NOW!

Need Design? Contact Us NOW!