WorldCup: Antara Manusia, Binatang ,Maruah, Judi dan Rasuah
WorldCup datang lagi dan kali ini kembali ke Afrika Selatan. Tengok lah iklan semua pasukan di ikonkan dengan binatang. Adakah manusia sudah mahu menjadi binatang? atau binatang ingin menjadi manusia. Yang pastinya hanya manusia dan bukan binatang yang suka pada Judi dan Rasuah sedangkan binatang amat mementingkan serta mempertahankan maruah mereka.
Masihkan manusia itu bermaruah jikalau rasuah dan judi menjadi makanan hidupnya? Menghalalkan judi apabila dirasuah, Mereka ini lebih rakus dari binatang.... Terkadang binatang itu lebih berperikemanusian dari manusia yang berperikebinatangan. Memang jelas firman Allah manusia2 yang tidak menjaga mata,hati dan telinga adalah diibaratkan seperti Binatang ternak malahan mereka lebih sesat lagi dari binatang2 itu:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A’raf: 179)
Comments