Formerly known as Sayembara Kartun since 2007, IjoiCartoon is a Malaysian creative journal for cartoons, comics, illustration, animation, AI Canvas and visual storytelling.
Citer ni sebenarnya terhasil bila aku membelek komik-komik kepahlawanan macam pedang setiawan dan alam perwira dan sewaktunya. Lantas terdetik idea nak spoofkan komik mereka ni. Kalau korang peminat komik2 begitu yg memang berlambak kat pasaran kitani cuma di pasar lambak je belum ada jual komik korang tentu biasa jumpa adegan bilamana karakter tu melompat ke menerkam ke mesti ada imej binatang dibelakangnya iaitu menggambarkan aura yang digunakan oleh karekter tersebut. Lagi satu adegan yang melibatkan x-ray tulang pun mesti ada kan.. idea-idea tu yang aku pinjam untuk di spoofkan dalam komik hikayat pendekar vs samurai ni....
Ini sebenarnya masih peringkat pre-production tapi layan ajelah... Sementara menunggu proses warna dan dubbing siap kita layan dulu kartun ni sebagai sneak preview. Kalau tak paham buat lah dialog sendiri sampai sendiri faham, kalau tak faham jugak mintak tolong nenek jiran anda buatkan dialog, kalau tak paham jugak sila daftarkan diri ke pusat perlupusan sampah berhampiran anda untuk dikitar semula.