Apa itu Komik?

Komik boleh didefinisikan “sebagai satu teknik menyusun gambar atau imej dan teks menjadi satu naratif untuk menyampaikan sebuah cerita atau idea. “seperti yang telah dinyatakan

 oleh Will Eisner 1985 ( foto) yang juga digelar bapa komik dimana beliau bertanggungjawab memperkenalkan novel grafik menerusi karya “A Contract with God” yang diterbitkan dalam tahun 1978.

Scott McCloud (1994) didalam bukunya berjudul Understanding Comics  menjelaskan “ Komik merupakan gambar atau imej yang disusun secara turutan dan diletakkan berdampingan”

Komik secara tradisinya terdapat pelbagai jenis diantaranya:

1. Komik strip

clip_image004Komik ini merupakan komik yang biasa terpampang didada akhbar, Panelnya terdiri dari satu,dua dan tiga petak. Terdapat juga kartunis yang mengunakan 4 petak. Selain melintang susunan panelnya juga ada yang menegak. Komik ini antara yang tertua di dunia dan ianya juga dipanggil komik editorial memandangkan komik jenis ini diperkenallkan diakhbar. Diantara syarikat yang menjadi peneraju utama komik ini ialah King Feature Syndicate yang terkenal dengan komik “Popeye”. Selain itu Komik ini juga menjadi platform kepada kemahsyuran watak-watak seperti Garfield oleh Jim Davis , Peanuts yang mempopularkan watak Snoopy oleh Charles M. Schuls dan lain lain lagi (sekadar menyebut beberapa nama).

Contoh: Komik Huha Karya ijoi dipetik dari Komik Harian Metro Selasa 14 Ferbruari 2006

2. Komik Loose clip_image006

Komik panel seperti yang terdapat di majalah kartun/komik. Komik loose ini terdiri dari satu sehingga empat mukasurat . Susunan panel adalah bebas mengikut kreativiti pelukis dan tidak semestinya mengikut contoh yang di paparkan. Teraju utama komik jenis ini di Malaysia ialah Majalah Gila-Gila dan Ujang(sekadar menyebut beberapa nama),

Contoh: Komik Wakaf Karya ijoi dipetik dari Majalah K,O No 10 , Jun 2001, Penerbitan Muttaqin

3. Komik Siri

clip_image008Komik yang terdapat pelbagai genre dari percintaan hingga aksi. Genre yang paling diminati ramai sudspider-man-obama-comic-pageah tentunya komik ‘adiwira seperti Superman. Spiderman dan Batman (sekadar menyebut beberapa nama). Buku komik ini terdapat pelbagai jenis iaitu dari komik yang digelar ‘one shot comic’ iaitu komik yang tidak bersambung serta komik bersiri yang mempunyai episod yang panjang seperti komik kepahlawanan dari Hong Kong seperti Pedang Setiawan dan lain lain lagi.

Contoh komik Spiderman terbitan Marvel

4. Novel Grafik

Komik bersiri yang mempunyai naratif yang panjang serta diterbitkan dalam bentuk novel. Kebanyakan Novelcontract_extract Grafik clip_image010menjadi medan eksperimentasi pengkaryanya dengan percubaan keluar dari komik konvensional terutama dari segi tema, gaya lukisan serta plot dan naratif cerita yang dipaparkan. Hampir kesemua novel grafik mengangkat tema neo-noir yang agak berat dan hitam seperti penyiasatan, korupsi, jenayah, seks dan keganasan seperti V for Vendetta yang ditulis Alan Moore dan diilustrasikan oleh David Lloyd , The Sin City oleh Frank Miller dan lain lain lagi . Namun terdapat jugak Novel Grafik yang santai dan bersahaja gaya lukisannya seperti Bone Karya Jeff Smith.

Contoh kulit Novel Grafik pertama “A Contract with God” karya Will Eisner

Akan datang >>> Apa itu Web Komik?

Comments

Popular Posts