Kad Kredit: Baik atau Buruk


Apa itu Kad Kredit ? What is Credit Card?

Kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan anda memperolehi barangan atau perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai.

Anda boleh menggunakannya di mana-mana kedai/gedung/perniagaan samada secara nyata atau dilaman sesawang ( shopping online ) yang mempamerkan logo kad kredit , baik di dalam mahupun di luar negara.Kad kredit juga boleh dicucuk di mesin ATM tapi jangan pulak cucuk di tengkuk kerbau balau kalau taknak di tanduk.

Apabila anda menggunakan kad kredit,pengeluar kad kredit akan membuat pembayaran kepada bank saudagar terlebih dahulu bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda . Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, anda  dikehendaki menjelaskan sekurangkurangnya amaun pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh.

Pengeluar kad kredit akan memberikan suatu tempoh tanpa faedah (biasanya 20 hari) di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki belum jelas. Pengeluar kad kredit akan hanya mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki belum jelas, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh.

Jika anda berdegil, berkeras atau bertangguh untuk membayar tunggu ajelah pengutip hutang menalipon anda atau berjumpa terus dengan anda dan kalau anda berjaya mengelak atau menyorok dari mereka, surat perintah mahkamah pula akan menyusul dan akhirnya anda akan di bankrapkan oleh bank yang pada mulannya menggula-gulakan anda semanisnya semasa menawarkan anda kad kredit dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran yang terbaik dan terhebat seolah-olah dunia ini milik anda.

Tapi itu bagi yang degil, bega dan boros aje bagi yang bijak mengawal diri dah tentu kad kredit merupakan satu instrumen yang memudahkan urusan perbelanjaan misalnya untuk mengisi minyak, bil, perunatan,insuran dll tapi caranya ialah sebelum guna bayar dulu. Misalnya nak guna RM 100  bayar dulu kedalam akaun kad kredit amaun tersebut. Atau bayar awal sebelum due date iaitu ketika tempoh tanpa faedah @ grace period(biasanya 20 hari) barulah tak kena charge berlebihan dan ketahuilah punca kemuflisan sebenarnya ialah disebabkan oleh caj-caj yang terkumpul walaupun anda dah lama tak guna kad kredit.







Visual menunjukkan reka bentuk Kad kredit  bertemakan kartun. Walau apapun rekabentuk atau bentuknya ianya membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Kad kredit juga membolehkan anda memboroskan diri dan berbelanja melebihi kemampuan sendiri jadi berhati-hatilah sebelum perkara dibawah terjadi.


Comments

Popular Posts