Top 6: 6 Perkara Paling Popular di Hari Raya
Kita sering teruja dengan sesuatu yang popular dan top dalam dunia ini, dek kerana itu lah semua wartawan, karyawan, dan cawan berusaha mendapatkan bahan yang popular dan top untuk dikongsikan atau dipaparkan. Kebiasaannya yang tertop selalunya yang terbaik dan yang terbaik selalu tertop walau kekadang yang top tu tak semestinya baik.
Untuk keluar dari kebiasaan itu maka dengan ini team Top 6 telah menjelajah keserata alam untuk mengutip dan mengumpul segala maklumat mengenai perkara-perkara atau apa sahaja yang boleh dikelaskan kedalam carta Top 6 .
Kenapa tak Top 10? pasal semuanya asyik top 10 je ,dari carta lagu, carta filem,carta hiburan membawa ke carta pai semuanya guna top 10 , Boringlah pulak. Jadi kita gunalah Top 6 didalam mencari kelainan.
Segala yang tersenarai dalam top 6 ini semuanya telah dikaji, diteliti dan ditimbang sewajar-wajarnya walaupun kami tak pasti berapa kilo beratnya namun ianya boleh dijadikan bahan santai untuk dipikirkan bersama.
6 Perkara Paling Popular di Hari Raya
Memandangkan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri makaTop 6 kali ini akan menyenaraikan 6 perkara paling popular di hari raya atau di musim perayaan.
di tempat yang ke enam
6.Beraya di Hari Raya
Sudah semestinya di hari raya kita semua akan berhari raya dengan gembiranya dengan mengunjungi sanak saudara dan jiran tetangga.Takpelah raya setahun sekali
ditempat yang ke lima
5. Bergaya di Hari Raya
Bila time raya mesti serba serbi baru punya, ye tak? ialah nak bergaya lah katakan jadi semuanya serba baru dari hujung rambut sampai hujung kuku di kaki, dari perabot sampai kuih bahulu dibeli, pendek kata semuanya baru.. Takpelah raya setahun sekali .
ditempat yang ke empat
4. Beraya di Jalan Raya/Lebuh Raya
Nak bertolak awal tak jadi, fasal jalan sesak dengan kereta, jadi bertolaklah tengah malam, selesa sikit katanya, dah tak banyak kereta. Jalan punya jalan tetiba kereta semput tup tup mati ditengah jalan. Nak mintak tolong..dah tengah malam orang nak berenti pun takut.. jadi..orang dah habis takbir sembahyang raya awak masih tekebir kebir..menggigit bibir di lebuh raya. Takpelah raya setahun sekali .
ditempat yang ke tiga
3. Beraya di Balai Raya
Masa tengah persiapan terakhir di malam raya, memasing pun sibuk giler, ada yang bakar lemang, yang bakar ketupat, yang Encik Bakar dan yang bakar mercun pun ada. Bakar punya bakar, terbakar rumah sendiri. apa lagi terpaksalah menginap di Balai Raya. Takpelah raya setahun sekali.
ditempat yang ke dua
2. Beraya di Pudu Raya
Ini kes haru, ada yang kehabisan tiket, yang kena tipu ngan ulat tiket, yang kehilangan tiket, yang tak bawak tiket, yang tak ada tiket pun ada, yelah ingatkan tiket banyak lagi sekali kaunter tiket pun dah tutup. Apalagi bertakbirlah sesama mereka di Pudu raya.
Takpelah raya setahun sekali
ditempat yang pertama iaitu yang paling popular
jeng..jengg..jengg
1. Berbalut di Hari Raya
Ini kalau tak kes kemalangan jalanraya dah tentu kes membakar mercun dimalam raya.Tulah tak berhati- hati semasa memandu dan tak renti-renti main mercun.Kan ke dah penat kerajaan buat kempen masih lagi perkara-perkar ini terjadi. Salah siapa? Tepuk dada tanya diri, jangan tepuk diri tanya dada. Takpelah raya setahun sekali
Dek kerana setahun sekali tulah kita kena beringat2 takkan lah asal raya je ramai yang mati, asal raya je ramai mati, asal ramai mati je raya. Memanglah ajal maut ditangan Allah namun kita perlulah berhati-hati dalam apa jua tindakan kita.Ingat anda mampu mengubahnya.
Sekian saja Top 6 untuk kali ini.
Selamat Hari Raya Aidil fitri dan Maaf Zahir Batin
Comments