Angkasawan
Orang yang ke angkasa dinamakan angkasawan.
Laa iye ke? ingatkan angkasawan itu ialah orang yang sawan akibat angka. misalnya orang yang selalu kira duit juta-juta tup-tup melingkup terus sawan.
Setinggi manapun kita sampai jangan dilupakan tanah yang kita mula merangkak, bertatih , menapak dan berlari .
Tak kemana pun kita. setinggi mana kedudukan kita yang pasti semua itu milik ilahi.
Hikmah kejadian kita dari tanah supaya kita renung tenung dan fikir itulah asal kita. Tanah yang dipijak pijak diinjak-injak dilanyak-lanyak. Yang kalau diberi sekampit pun pada kambing pasti beliau tak mahu memamahnya. Dan ingatlah jua kejadian kita iaitu dari nutfah atau bahasa mudahnya air mani yang hina yang kalau jatuh ketanah ayam tak patuk itik tak sudu .
Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?
Al A'raf 185

Comments