APA ITU WEB KOMIK? Part 4: Medium Penghasilan Web Komik
Selain dari lukisan biasa samada secara manual iaitu menggunakan pen dan dakwat serta kaedah digital menggunakan pen tablet atau peranti lukisan bermonitor terdapat juga pengkarya menghasilkan komik mereka menggunakan medium seperti imej 3D, foto yang dimanipulasi , permainan figura dan sebagainya. Diantara contohnya:-
1. Foto manipulasi
Komik yang dihasilkan melalui foto yang dimanipulasi
Rajah 1 Foto manipulasi
Dipetik dari http://photos23.flickr.com/27995686_2748d974a5.jpg
2. Permainan figura
Menggunakan figura permainan sebagai karakternya
Rajah 2 Permainan figura
Dipetik dari http://www.neomonsterisland.com/tktarkv/vol3/030/1455/1.html
3. Imej 3D
Menggunakan imej 3D didalam menghasilkan komik
Rajah 3 Imej 3D
Dipetik dari http://ianli.com/site/uploads/Art/dexters_lab.jpg
4. Model Tanah liat atau clay
Menggunakan model yang dihasilkan menggunakan tanah liat didalam menghasilkan komik
Rajah 4 Model Tanah liat atau clay
Dipetik dari http://fc23.deviantart.com/fs28/f/2008/049/c/1/Krystalak_Claymax_by_AmazingKaiju.jpg
KESIMPULAN
Kesimpulannya ,berdasarkan kajian serta maklumbalas dari populasi sampel terhadap kandungan multimedia didalam web komik yang menjadi bahan analisa kajian ini dan rumusan keatas data yang telah terkumpul dan di bentangkan pengkaji telah mendapati beberapa kelebihan dan kelemahan . Diantaranya ialah:-
Kelebihan
1. Memberi kesegaran dan dapat memvisualkan terutama bagi adegan yang tak dapat divisualkan melalui lukisan di kertas terutama membabitkan adegan
pertarungan , kesan khas dan sebagainya
2. Memberi kelainan serta menyuntik daya tarikan kepada web komik
kelemahan
1. Kesukaran dan kelambatan proses memuat turun kerana bukan semua audiens mempunyai capaian yang laju dan lancar terhadap internet terutamanya di
Malaysia
2. Masalah muat turun atau buffering yang dihadapi oleh audiens yang mencapai internet melalui dial-up modem serta lain lain capaian yang berkelajuan perlahan
dan sederhana
3. Kurang mesra pengguna berkemungkinan dari cara pembacaan komik yang masih baru
4. Animasi yang berulang (looping) menganggu penghayatan audiens
5. Tiada kawalan pada komik menyukarkan audiens
6. Jika saiz dikecilkan animasi menjadi laju namun kualiti imej menjadi kurang
7. Jika saiz dibesarkan kualiti imej amat baik namun kelajuan animasi pula menjadi kurang
Akhir kata berdasarkan kajian yang dibuat keatas web komik , walaupun terdapat juga golongan yang dapat menerimanya namun secara kontranya ia sukar diaplikasikan memandangkan penghalang utamanya ialah kelajuan internet itu sendiri. Ini sebenarnya telahpun dijelaskan oleh McCloud(2000) mukasurat 224 dengan menyatakan “Walaupun teknologi digital ini sentiasa berkembang dan berusaha mengatasi had dan batasannya setiap hari, namun keupayaannya tetap terbatas kepada had kelajuan, keupayaan dan penyimpanan”.
Justeru pengkaji merasakan kajian ini menemui kegagalan namun pengkaji masih berharap bahawa kegagalan ini bersifat sementara iaitu buat masa terdekat ini sahaja dan kemungkinan bila kesemua pengguna internet khususnya diMalaysia sudah mencapai kelajuan yang tinggi maka pada masa itu barulah elemen multimedia terutama animasi boleh diaplikasikan kedalam web komik dan seterusnya diterima ramai.
Sebenarnya mungkin banyak lagi maklumat-maklumat tentang web komik yang terlepas pandang maklumlah masa mengkaji semakin suntuk . Namun aku akan terus mengkaji untuk mengkayakan lagi senario web komik tempatan. Lagipun semasa kajian ini dibuat peranti seperti i-phone, android , tablet belum wujud lagi mungkin pada hari ini setelah kewujudan peranti tersebut dengan kecanggihan teknologi yang semakin pintar, laju , mampan dan tampan web komik amat mudah dihasilkan contohnya melalui tipon bimbit/tab/note dll pengguna boleh terus melukis samada guna jari mahupun pen yang terselit dicelahnya atau snap aje gambar dan tukar jadi komik guna perisian yang disediakan lalu terus memuat naikkannya ke web . Semakin canggih semakin mudah mungkin dimasa akan datang hanya kelip mata je komik telah terhasil dan dipaparkan dalam bentuk hologram.
Sekian, terima kasih
Sebelumnya
Part 1:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-1pengenalan.html
Part 2:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-2peringkat-web.html
Part 3:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komikpart-3-kategori-gaya.html

Comments