APA ITU WEB KOMIK? Part 2:Peringkat Web Komik
McCloud (2000) telah membahagikan web komik kepada 3 peringkat iaitu:
1. Penghasilan secara digital
Komik dilukis dan dihasilkan menggunakan peralatan dan peranti komputer. Proses pembikinan komik dijalankan secara digital dari peringkat lakaran hinggalah ke peringkat mewarna dan memasukkan teks. Untuk tujuan itu pengkarya mengunakan pen tablet , tetikus serta peranti melukis atau tablet monitor. Disamping itu bagi lukisan yang menggunakan medium tradisisional iaitu dakwat dan pen, lukisan tersebut akan diimbas masuk kedalam komputer untuk menjalani proses mewarna, grafik dan teks
Rajah 1 Penggunaan pen tablet
Gambar ikhsan dari
http://www.slashgear.com/gallery/data_files/1/4/6/wacom_bamboo2.jpg
2. Penghantaran secara digital
Dalam peringkat ini komik yang telah siap akan dihantar melalui media digital kepadapembaca. McCloud 2000 berpendapat penghantaran ini bukanlah menggunakan media digital seperti CDROM tetapi menggunakan media internet sebagai platform untuk tujuan promosi iaitu memperkenalkan pelukis komik dan karya mereka. Pembaca perlu memesan komik yang dikehendaki dan komik akan dihantar secara fizikal melalui pos.
Namun begitu kecanggihan teknologi internet yang dibantu dengan keupayaan dan kecekapan jalurlebar menghantar data telah membolehkan komik dipaparkan melalui internet.
Rajah 2 Laman web yang menyediakan khidmat memesan komik diatas talian
Gambar ikhsan dari
http://wareseeker.com/images/categories/Graphic-Apps/Graphics-Cataloging-tools/scr_collectorz.com-comic-collector- 3.0.1.com%20Comic%20Collector%20screenshot
3. Komik dalam media digital.
Komik yang dipaparkan didalam media digital seperti CDROM dan DVD serta di suntik dengan elemen multimedia seperti animasi, bunyi, motion dan interaktiviti. Dalam suasana ini pembaca di beri pilihan menerusi menu utama serta pautan yang perlu dipilih dalam menentukan plot ceritanya.
Rajah 3 Komik yang diterbitkan menggunakan DVD
Gambar ikhsan dari
http://www.majorspoilers.com/wp-content/uploads/2008/06a/marvelsolict0908/HULKARCHIVES_DVD.jpg
Bersambung lagi Part 3 :Kategori Web Komik
Asyik sambung je..mestilah sambung kalau muat kat sini semuanya muntah pulak nak membacanya kerana ini semua dipetik dari tesis yang pernah aku buat satu ketika dahulu tentang webkomik disebuah IPT . Ini pun telah diringkaskan..
Bagi yang terlepas Part 1 disini: http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-1pengenalan.html

Comments