Apa itu Tipografi?
Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi merupakan satu seni atau teknik pemilihan dan penyusunan taip. Penggunaan tipografi bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk taip dan aplikasi termasuk 'typesetting’, dan rekabentuk ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentuk poster termasuk yang berskala besar seperti papan kenyataan, papan iklan atau billboard.Bidang perniagaan dan periklanan juga menggunakan taip sebagai elemen komunikasi terutama untuk mempromosikan perniagaan mereka samada sebagai logo korporat mahupun sebagai identiti korporat yang meliputi surat kepala, sampulsurat, kad peniagaan risalah produk . iklan dan sebagainya. Kemajuan teknologi juga mengakibatkan tipografi kini sudah berbentuk digital samada dipaparkan dilaman web, di skrin LCD telefon bimbit, permainan video dan sebagainya
Perekabentuk haruslah mahir dan menguasai tipografi kerana ianya merupakan elemen yang penting didalam sesebuah rekabentuk selain dari grafik dan bahan visual .Melalui tipografilah sesebuah karya grafik itu berkomunikasi dengan khalayak. Tipografi yang baik membolehkan pembaca mengikuti karya rekabentuk dengan mudah dan menarik Justeru itu perekabentuk haruslah peka serta mahir memilih rupabentuk taip yang bersesuaian dengan rekabentuk grafik yang mereka hasilkan. Ini adalah kerana taip mempunyai pelbagai jenis, bentuk, rupa dan
Kesilapan didalam pemilihan taip samada tidak bersesuaian atau terlalu bergaya (fancy) akan menyebabkan mesej yang ingin disampaikan itu tidak jelas atau sukar dibaca dan difahami oleh khalayak dan ini mengakibatkan komunikasi berkesan tidak berlaku
Dalam komunikasi yang berkesan, ahli tipografi memberi tumpuan kepada dua aspek umum, iaitu legibiliti dan kebolehbacaan. Legibiliti merujuk kepada interaksi antara pembaca dengan teks. Teks yang ada nilai legibility ialah teks yang dapat dibaca dengan mudah, difahami dan dinikmati,iaitu dengan adanya ciri-ciri estetika yang tersendiri. Sementara kebolehbacaan pula berkaitan dengan kandungan teks tersebut sama ada dapat difahami, dapat dibaca dengan lancar dan dapat dinikmati isi kandungan dan subjeknya dengan menyeronokkan
Faktor yang mewujudkan kesenangan membaca iklan termasuklah stail huruf cetak, ketebalan huruf, saiz, panjangnya barisan, dan ruang di antara perkataan, barisan dan perenggan. Sesuatu iklan dicetak untuk dibaca, dan kesusahan membaca akan mematikan minat. Jenis huruf cetak yang sukar dibaca mesti digunakan dengan berhati-hati dan hanya untuk mewujudkan sesuatu kesan khas.
Memang huruf cetak yang besar dan tebal paling mudah dibaca. Walau bagaimanapun. kita dihadkan oleh jumlah ruang dalam iklan dan jumlah kopi yang mesti ditulis. Kesenangan membaca juga dipengaruhi oleh panjang pendeknya baris yang mengandungi ayat atau perkataan yang direka untuk iklan. Ruang akhbar biasanya kurang daripada dua mci lebar dan ruang majalah lebih kecil daripada itu. Bagi iklan, ruang ayat yang kurang daripada tiga mci lebarnya (18 pica) adalah disyorkan.
Jarak baris huruf cetak juga mempengaruhi kesenangan membaca. Di antara baris huruf cetak selalu terdapat ruang kecil untuk tiangan bawah dan tiangan atas. Apabila ruang ini sahaja yang didapati di antara barisan, huruf cetak diset padat
Diantara kretiria didalam memilih format taip termasuklah:-
a) Jarak Antara Huruf
Jarak yang kecil antara sesuatu huruf boleh memberi perbezaan yang besar kepada teks. Ini amat jelas khususnya dalam taip peragaan, iaitu taip yang digunakan dalam judul, tajuk dan subtajuk. Taip peragaan menggunakan saiz yang besar dan mudah dilihat oleh pembaca. Jika terdapat sedikit perubahan pada jarak, pembaca akan melihat perubahan itu dengan jelas.
(b) Jarak Baris Huruf .
Jarak baris huruf yang disebut leding juga agak sensitif dengan saiz taip. Jika leding diluaskan maka teks akan kelihatan ringan dan terbuka. Sebaliknya, jika leding disempitkan maka teks akan kelihatan sesak dan mungkin sukar dibaca. Satu lagi yang harus dilihat ialah jumlah kata dalam sesuatu baris atau kepanjangan baris.
Jika baris teks itu panjang leding yang lebih luas diperlukan untuk memudahkan pembacaan. Buku atau majalah yang mempunyai saiz besar memerlukan ruang yang cukup untuk pembacaan.
(c) Jidar dan Baris Teks Saiz
Jidar di atas, bawah, tepi kanan dan tepi kiri memberi kesan pada rekaletak
bahan. Penggunaan saiz huruf teks yang besar pada asasnya memerlükan saiz jidar yang lebih luas berbanding dengan penggunaan saiz teks yang lebih kecil. Begitu juga dengan penyusunan baris teks. Baris teks yang panjang berbanding dengan baris teks yang pendek.
d) Huruf Besar atau Huruf Kecil
Huruf besar lazimnya digunakan untuk tujuan peragaan seperti dalam judul, tajuk atau subtajuk. Huruf besar juga digunakan sebagai tanda penegasan Paragraf yang menggunakan huruf besar keseluruhannya sukar untuk dibaca kerana semua huruf mempunyai saiz yang sama dan mata kita tidak dapat mengenal pasti dan memahaminya dengan pantas serta lancar. Kombinasi huruf kecil dan huruf besar kadangkala lebih berkesan kerana dapat dibaca dengan cepat dan lancar oleh mata.
(e) Serif atau Sans Serif
lambat, iaitu sekurang-kurangnya ketika zaman percetakan. Sans serif dianggap lebih kontemporari dan segi sifatnya dan menjadi simbol ketepatan zaman mesin dan teknologi. Namun, penentang sans serif menyatakan ia sukar dibaca
Comments