Blog, Blogger dan Isi yang popular
Hari ini aku tak kerja pasal demam. Ubat dah ambik tapi tak makan aku
bukan suka makan ubat , aku pegi kinik tadi pun sebenarnya nak mc je. Balik dari
kinik tadi aku layan movie sesorang aje pasal hari kerja orang ramai kerja so
aku sorang je dalam panggung tadi. Citernya tajuk menyelam dalam kuali. Ntahapahapa
citernya sampai aku pun terlena sedar-sedar dah habis.
Habis movie aku keluar panggung tapi alangkah terkejutnya aku bila aku tolak
je pintu panggung itu aku sedang berada di tanah perkuburan dan sebalutan
pocong sedang merenung aku. Aku pun lari lintang pukang , makin laju aku lari
makin pelahan pulak rasanya.
Tetiba aku ternampak seorang budak lelaki berusia 4 tahun sedang menangis
terisak-isak. Aku pun berhenti berlari dan menghampiri budak tersebut kerana
aku seorang yang perihatin dan baik hati. Melihatkan itu pocong tersebut juga
berhenti meloncat. Kenapa dik? Pakcik! Pakcik nampak tak mainan ultraman taro
saya.
Tadi saya tengah duduk bawah pokok tu sambil makam aiskrim koneto
perisa strawberry yang dicampur sedikit coklat dan ditaburkan dengan kekacang,
saya letaklah mainan saya kat sebelah. Bila dah habis makan aiskrim koneto
perisa strawberry yang dicampur sedikit coklat dan ditaburkan dengan kekacang
tersebut dan membuang kertas pembungkusnya kedalam tong sampah yang disediakan
oleh majlis daerah saya mendapati mainan tersebut sudah tiada disitu. Jadi saya
pun menangis terisak-isak.
Beginilah dik, adik jangan sedih. Abang nak gantikan dengan patung
ultraman yang baru ke yeyy yyeey. Eh bukan begitu! Adik tak perlu lagi patung
mainan ultraman taro tersebut kerana abang boleh bertukar menjadi ultaman taro
ujar aku sambil bertukar menjadi ultraman taro.
Wah hebat betul abang ni, boleh abang bawak adik terbang ke disneyland
cawangan tokyo. Kacang je tu kata ku sambil meletakkan telapak tangan aku
kebumi . Budak tadi pun berjalan kedalam telapak tanganku dan diikuti oleh
pocong tadi. Wei ko nak buat apa ikut aku kata aku kepada pocong tersebut. Aku pun
nak pergi disneyland nak apply jadi hantu kat haunted house pulak. Sudah jangan
nak ngegada kat sana mana ada pocong, vampire,dracula werewolf boleh lah. Waaa !!
Janganlah gitu kata pocong tersebut merayu. Kerana simpati dan baik hati aku
pun tak sampai hati aku pun membawa pocong bersama budak itu didalam genggaman
ku. Woooshhh aku pun terbang ke awanan biru. Dan kami bertiga hidup bahagia
selamanya di taman tema disney tokyo.
Apa kebenda ceritanya tu aku pun tak tahu itu cuma mukadimah saja yang
aku nak cerita sebenarnya ialah blog,blogger dan isinya.aku gelintar kesemua
blog dan dapati terdapat pelbagai genre yang berlainan mengikut citarasa
blogger itu sendiri antaranya ada yang suka karang cerita realiti, cerita
kembara, cerita komputer, cerita haiwan peliharaan, cerita seram, cerita
tentang anak, cerita keluarga, cerita misteri, cerita tahyul, cerita mistik,
cerita kehidupan, cerita kewangan, cerita bisnes, cerita kelakar, cerita sedih,
cerita fantasi, cerita sukan, cerita politik, cerita hikayat, cerita
dapur,cerita kuali, cerita gossip, cerita mengutuk,mengumpat mengeji, cerita
rumah tangga, cerita dalam kelambu, cerita atas katil, cerita merapu, cerita
pendidikan, cerita cikgu,cerita murid, cerita agama, cerita-ceriti dan banyak
lagi yang kalau nak dilistkan kat sini mahu lebam jemari aku menaip.
Disamping bercerita ada juga blogger yang menampal hasil karya seperti
fotografi, lukisan, kartun, komik, karikatur, arca, hasil seni kraftangan,
gubahan bunga, ukiran, rekabentuk dan lain-lain lagi perkara yang menjadi minat
dan hobi mereka.
Ada juga blogger yang bijak mencari duit dengan mensisipkan iklan di
blog memasing atau meniaga terus diatas talian dengan mempromosikan produk
@perkhidmatan melalui blog mereka.
Tidak kurang jua blogger yang meletakkan movie, videoklip, animasi,
lirik, lagu mp3 untuk dimuat turun oleh pengunjung sehingga terkadang melanggar
akta hak cipta.
Namun begitu setelah diteliti, di kaji, di selami aku mendapati
rerupanya walau sebilion genre pun yang ditaip oleh sebilion blogger
,pengisiannya tetap sama mereka mesti tulis perkara dan benda yang sama cuma
watak, masa, lokasi, prop dan situasi aje yang beubah-ubah.
Diantara bahan-bahan popular yang sering menghiasai blog ialah:-
1.
Kemana mereka pergi
·
Melancung, mengembara, interview, kedai kasut,
sekolah, jumpa nenek kebayan, busut, dewan kuliah,ambik exam,kenduri kahwin,
perpustakaan, kantin, tanah perkuburan.
2.
Apa yang mereka buat
·
Memancing, membaca, mengurat, dingurat, melukis,
beli kasut ,tengok wayang, merempit, berdating kali pertama, bertumbuk, mintak
nombor ekor, tengok konsert, main futsal, berenang, piknik .renovate dapur, cat
kereta,masak nasi ayam,goring telur,makan megi.
3.
Apa perasaan mereka
·
Kecewa, sedih, gembira ,seronok, bahagia
,benggang dengan awek/balak, bengang kasut tak muat.wayang tak best macam
hampeh, tension, jealous
4.
Apa situasi mereka
·
Demam, selsema, batuk , sakit kepala, melepak
kat rumah,tension kerja menimbun, stress kerja banyak gaji ciput.
5.
Apa agenda mereka
·
Nak berjaya, nak menang, nak kaya, nak beli
kasut baru, nak skor exam, nak naik pangkat lagi, nak beli kereta baru,rumah
baru, nak kawin,nak tunang,nak siapkan assignment, nak kumpul duit.
6.
Apa yang telah terjadi
·
Tadi, semalam, minggu lepas. Jumpa hantu,
kemalangan kecil, kena saman,kena tikam,kena tembak,kena maki.
Pendekata habis serba serbi tentang diri sendiri hendak diceritakan
kepada umum bukan setakat bercerita siap gambar sebagai bahan bukti misalnya
kalau pergi ke gua telinga, gambar gua telinga mesti disisipkan bersama atau
kalau kereta terlibat dengan kemalangan gambar kereta remuk mesti dimuat
naikkan , bukan apa takut orang tak percaya. Terkadang bila baca blog terasa
macam baca diari pun ada.
Terlalu sedikit sebenarnya blog yang diisi dengan bahan ilmiah
contohnya cara mengasingkan molekul-molekul karbon dioksida atau cara membedah
sayap burung pipit. Kalau ada pun kita kurang minat nak membacanya. Kerana kebanyakan
orang kita( bukan semua) lebih suka membaca perihal peribadi orang lain,
membaca bahan merapu, membaca kutukan dan hamunan seseorang kepada orang lain,
membaca bahan ringan, membaca bahan-bahan yang merangsang nafsu serakah.
Ini menunjukkan tahap pemikiran kita masih ditakuk lama termasuklah aku
sendiri. Apa kata kita ubah kelaziman itu dan cuba meneroka sesuatu yang lain
iaitu bahan yang boleh merangsang akal dan fikiran supaya minda kita menjadi
golongan yang berpemikiran.
Kita lebih suka baca tulisan manusia sedangkan kita tahu dan sedar
manusia tiada yang sempurna. Manusia menulis dengan emosi,perasaan dan akal
yang terbatas. Bacalah ayat-ayat allah yaitu al quran. Kitab yang teragung yang
setiap ayat adalah firman allah s.w.t. Pemilik alam ini dan seluruh isinya. Kerana
setiap ayat itu terdapat pedoman, nasihat, peringatan dan pengajaran serta
tanda-tanda kebesaran allah bagi golongan yang berakal, yang berfikiran, yang
mengkaji dan yang mendalami disamping itu bacalah jua himpunan-himpunan hadis,
sunnah dan sirah rasulullah s.a.w supaya bertambah kecintaan kita kepada
baginda.
Bacalah dengan nama tuhanmu.
Comments