Langkah-langkah dalam Proses Rekabentuk Grafik:



Bosan pulak asyik bersayembara, berkarya yang kekadang tak berpijak dibumi yang nyata, menerawang keserata alam imaginasi khayalan yang aku cipta sendiri, kalini aku nakpostkan pulak jawapan yang aku buat untuk assignment subjek Rekabentuk Grafik sedikit masa dulu semasa aku bergelar Student di Universiti Terbuka Malaysia 5 tahun nan lampau. Jawapan ini aku terjumpa tadi masa belek belek folder2 dlm pc aku memula nk delete aje tapi bila pikir dari di delete baik aku post kan kat blog buleh gak berkongsi-kongsi manalah tahu ada student yang tengah cari jawapan untuk assignmment copy paste je alah biasalah tu aku pun pernah buat gak camtu....
Rekabentuk grafik merupakan hasil, proses dan seni yang menggabungkan teks dan grafik dalam satu susunan yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada khalayak sasaran melalui media tertentu. Justeru itu rekabentuk grafik ini dilihat sebagai satu bidang komunikasi secara visual dimana susunan dan paparan didalam rekabentuk ini boleh digunakan didalam menyampaikan pelbagai mesej yang dikehendaki , misalnya didalam menyampaikan mesej mengenai bahaya merokok media poster boleh digunakan dimana poster tersebut disusun dengan gaya tulisan dan gambar-gambar seperti barah paru-paru akibat merokok dan sebagainya yang mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya danmemikirkan begitu hebatnya kesan yang ditanggung oleh seorang perokok. Sebenarnya terdapat pelbagai media boleh digunakan untuk memaparkan seni rekabentuk ini diantaranya ialah surat khabar, majalah, laman web, dan termasuklah jua di kaca televisyen. Kepelbagaian media ini memerlukan perekabentuk mereka dan membentuk rekabentuk grafik yang bersesuaian dengan media tersebut misalnya rekabentuk poster mungkin hanya sesuai untuk di tampal di papan kenyataan mahupun dinding dan mungkin kurang sesuai pula untuk disiarkan di televisyen. Kepelbagaian ini memerlukan kreativiti pereka untuk menghasilkan senireka bentuk grafik yang berkualiti bukan sahaja dari segi rekabentuk yang cantik dan menarik namun perlulah mengambil kira samada rekaannya itu mampu menyampaikan mesej dengan berkesan atau sejauhmana ianya dapat diterima dan difahami oleh khalayak sasaran.
Sesebuah rekabentuk grafik yang dihasilkan perlu menjalani pelbagai proses sebelum ianya dipaparkan atau disiarkan kepada umum. Penyelidikan jua amat penting didalam menentukan apakah yang hendak direka dan dibentuk dan kepada siapa pula rekabentuk itu disasarkan. Pemilihan bahan samada gambar serta penggunaan teks yang bersesuaian disamping gaya susunan juga memainkan peranan penting didalam memastikan keberkesanan sesebuah rekabentuk itu dari segi penerimaan audien dan memenuhi kehendak dan citarasa klien. Justeru itu perekabentuk haruslah mengetahui objektif sebenar sesebuah rekabentuk itu dibangunkan samada untuk tujuan pengiklanan, penerbitan mahupun berbentuk kempen kesedaran serta media manakah yang akan menyalurkannya.
Didalam memastikan ini tercapai perekabentuk haruslah melalui pelbagai proses dan tahap seperti berikut
Langkah-langkah dalam Proses Rekabentuk Grafik:
  1. 1. Analisis khalayak
  2. 2. Tentukan tujuan mesej
  3. 3. Kenal pasti dimana dan bila mesej akan dipersembahkan
  4. 4. Tetapkan matlamat
  5. 5. Susun teks dan grafik serta elemen-elemen lain
  6. 6. Pilih rupa taip, saiz taip dan jarak taip
  7. 7. Tambah dan manipulasi grafik
  8. 8. Susun teks, grafik dan elemen-elemen lain
  9. 9. Baca pruf
  10. 10. Perkemas


1. Analisis Khalayak
Sebelum suatu rekabentuk grafik di hasilkan, pereka bentuk perlulah membuat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat tentang rekabentuk yang hendak dilaksanakan. Pereka perlulah mengetahui;
Siapa khalayak sasaran, dan apakah jangkaan mereka?
Ini dapat membantu pereka membangunkan konsep berdasarkan khalayak yang disasarkan
Siapa pula klien yang mengkehendaki rekabentuk tersebut.?
2. Tentukan tujuan mesej
Adakah rekabentuk yang akan dibangunkan itu bertujuan untuk memujuk khalayak membeli produk atau perkhidmatan atau sekadar untuk memberi informasi atau menyampaikan kempen kesedaran ?
3. Kenal pasti dimana dan bila mesej akan dipersembahkan
Pereka haruslah menimbangkan beberapa perkara dianbaranya:
Berapakah bajet yang diperuntukkan dan berapa banyakkah salinan diperlukan?
Bagaimanakah caranya projek tersebut akan diagihkan atau dimedia manakah ianya akan dipaparkan?
Disamping itu pereka juga perlu menetapkan tarikh akhir projek tersebut harus disiapkan atau bilakah klien mengkehendaki rekabentuk tersebut di terbitkan .Ini amat penting kepada pereka untuk menyusun jadual kerja
4. Tetapkan matlamat
Bincangkan elemen apa yang diperlukan atau apakah konsep yang dimahukan oleh klien. Bina beberapa lakaran kasar berupa thumbnail untuk dibincangkan bersama dimana pereka dan klien boleh bertukar pandangan untuk memantapkan rekabentuk. Berikan klien kebebasan untuk memutuskan warna , gambar ataupun perkataan yang bersesuaian dengan konsep yang mereka inginkan.
5. Susun teks dan grafik serta elemen-elemen lain
Setelah klien berpuas hati serta memilih thumbnail yang dikehendaki , barulah pereka boleh memulakan kerja-kerja mereka bentuk dengan menggunakan aplikasi rekabentuk yang dimahiri. Segala teks dan grafik yang telah dipersetujui oleh klien akan diedit, diolah dan disusun didalam aplikasi grafik tersebut
6. Pilih rupa taip, saiz taip dan jarak taip
Diantara aspek yang perlu diberi pertimbangan ialah saiz taip, kepanjangan ruang dalam halaman, stail taip, leding, jarak dan format. Misalnya dalam hal format, perkara yang diberi pertimbangan di sini adalah sama ada format rata keliling (justified) atau format tidak rata keliling (unjustified).
Format lain ialah sama ada sejajar kanan (flush right) atau sejajar kin (flush left) dan format ketiga ialah tengah (centered). Ketiga-tiga iniperlu digunakan mengikut kesesuaian supaya berkesan. Pereka juga perlu mengenal pasti empat perkara penting untuk dipertimbangkan dalam memilih taip iaitu: kesenangan membaca, kesesuaian, harmoni atau rupa, dan penekanan
Disamping itu faktor kesesuaian taip juga yang berkaitan dengan elemen psikologi, tahap khalayak dan keharmonian dengan elemen-elemen lain juga harus diambilkira .
Elemen-elemennya termasuklah:
• Elemen Psikologi: Melibatkan mood, perasaan dan personaliti pembaca.
• Tahap Khalayak: Merujuk kepada aspek usia dan aspek psikologi mereka.
• Harmoni: Bahan rekabentuk yang ingin berkomunikasi dengan baik mestilah dipersembahkan dengan cara yang baik, iaitu terdapat kaitan dan kesesuaian antara satu elemen grafik dengan satu elemen grafik yang lain.
7. Tambah dan manipulasi grafik
Menambah atau mereka grafik yang dirasakan perlu atau mengedit gambar yang bersesuaian dengan rekaan yang mahu dihasilkan menggunakan perisian grafik yang dimahiri.
Pereka juga boleh melukis ilustrasi sekiranya merasakan elemen tersebut penting serta bertepatan dengan konsep rekabentuk yang direka
Misalnya adobe illustrator untuk melukis illusrasi berasaskan vector grafik dan adobe photoshop untuk memanipulasi gambar foto

8. Susun teks, grafik dan elemen-elemen lain
Pada peringkat ini Pereka akan mereka letak semua elemen yang telah dikumpul untuk di susun dan diperkemas kinikan mengikut guide line atau thumbnail yang telah dipersetujui .
Kombinasi warna latarbelakang dengan taip, visual , imej dan illustrasi perlu bersesuaian supaya mudah dibaca dan difahami
9. Baca pruf
Menyemak kembali semua ayat untuk memastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa perkataan yang telah dipilih.
10. Perkemas
Akhir sekali sebelum rekabentuk grafik diserahkan kepada klien untuk diterbit atau di cetak pereka haruslah mencetak salinan dulu untuk melihat hasil keluarannya dan mengubah kembali apa yang dirasakan perlu atau membuang apa yang dirasakan tidak perlu atau menokok tambah apa yang kurang. Setelah berpuas hati maka rekaan tersebut bolehlah diserahkan untuk proses penerbitan dan percetakkan
Sumber rujukan: Modul OUM: Rekabentuk Grafik

Cukuplah setakat ini dulu buat masa ni kalau rajin nanti aku postkan lagi nota kuliah, nota sendiri, nota study group, jawapan assignment, jawapan kuiz, jawapan exam, jawapan orang sebelah err terkantui plak eleh macam tak biasa tinjau org sebelah kekadang tu siap toyol lagi yang terlebih berani tu buku teks pun buleh diseludup kedalam dewan. Sekian

Comments

Unknown said…
Wah! Tak sia-sia aku buka blog ni, memang menyelamatkan nyawa aku. Terima kasih kerana berkongsi idea ni. Walau apa-apa pun, tukar la template baru untuk blog ni.
Anonymous said…
Saya minta izin untuk guna gambar tujuan assaignment
Unknown said…
Terima kasih bang, semoga Allah mempermudahkan urusan abang amin.

Popular Posts