Mukadimah

Tengah on-line? tension ? tak tau nak buat apa? blank kejap otak? Apalagi meh le singgah sini untuk cuci otak kembali dengan webkomik. Selamat membaca dan bacalah dalam keadaan selamat.

Rabu, November 16, 2011

Big House Little House

French: Grande maison de la petite maison
German: Großes Haus kleines Haus
Korean: 큰 집 작은 집
Spanish: Gran casa pequeña casa

hOUSEBackYardView
Rumah Kecil Kenapa kamu kelihatan sedih dan sugul?
Rumah Besar Aku sebenarnya cemburu dengan engkau.
Rumah kecil Kenapa pulak begitu? Aku ini apalah yang ada, berbanding engkau yang besar , serba mewah dan segalanya ada.  Dihiasi dengan perhiasan dan perabot  yang mewah dan eksklusif dari seluruh ceruk dunia. Kolam renang yang  sejuk dan menyeronokkan.  Permaidani yang lembut, mewah  dan indah dari serata dunia. Speaker dan home teater  mengalunkan bunyian yang sedap dan mengujakan.Penghawa dingin yang sungguh dingin dan menyamankan.
Rumah Besar Sungguh pun begitu engkau dihiasai dengan ibadah tuanmu  ,walau tiada kolam hanya timba namun ianya digunakan sepenuhnya untuk berwudhuk dan bersuci. Tiada permaidani namun mempunyai sejadah yang lusuh  akibat dibasahi oleh aliran airmata tuanmu. Tiada speaker tapi alunan zikir dan bacaan Al-Quran tuanmu sudah cukup menyejukkanmu.Sedangkan tuan aku terus tenggelam dalam kemaksiatan. Anak –anak terbiar  dia tak kisah anak-anak dia nak bawak kawan-kawan berpesta dari malam ke pagi . Arak,judi, zina tiada hal baginya . Wang adalah segalanya bagi dirinya. Aku terasa sungguh panassssss walau aircond disetiap penjuru.
Rumah kecil Begitu kisahnya
Rumah Besar Alangkah indahnya jika mereka yang menghuni rumah sebesar aku ini mengamalkan ibadah seperti tuan engkau. Lagi kaya lagi bagus sebenarnya , supaya dapat berjihad dan menginfakkan harta pada jalan ALLAH. Barulah sejuk dan damai.
i

0 kata-kata hikmah: