Tempat Berbuka Paling Popular

Diam tak diam ,sedar tak sedar, puasa tak puasa, buka tetap buka, bulan puasa sudah pun separuh jalan dan dalam tempoh tu mungkin ramai yang puasa pun separuh jalan atau mungkin berpuasa sampai tak larat nak jalan. Lagu raya pulak dah mula berkumandang dimana-mana baik di radio mahupun di kompleks membeli dan membelah . Untuk memeriahkan lagi suasana bulan puasa ini rancangan carta kegilaan ramai Top 6 kembali lagi dan kali ini akan meninjau dan menyenaraikan tempat-tempat yang popular bagi orang kita untuk berbuka puasa .

Ditempat ke enam

Pasar/Bazar Ramadhan




Kenapa? ingat tak de ke orang yang berbuka kat sini. Dah tentu orang yang berniaga kat sini berbuka kat sini dan termasuklah juga orang yang dah tak sempat nak balik kerana terlalu asyik membelek bermacam juadah . Jalan punya jalan tetiba dah masuk waktu. Maka berbukalah kat situ

Ditempat ke lima

Kedai makan/ restoren/medan selera



Ni biasalah , bagi golongan-golongan yang tak sempat nak masak atau malas nak masak atau mungkin juga tak reti masak mahupun takde apa yang nak dimasak maka kat kedai makan lah tempat mereka berbuka puasa

Ditempat ke empat
Hotel
Bagi yang mewah sikit atau yang suka bermewah mewah padahal bukannya mewah sangat pun cuma sekadar nak menunjuk cam mewah, maka dah tentu hotel yang berebut -rebut membufetkan diri menjadi pilihan mereka. Dari hotel tak berbintang sampailah hotel berbumbungkan bintang beribu( takde bumbunglah tu) dipenuhi oleh orang yang berbuka puasa walaupun puasa ntah kemana alih-alih berbuka aje.

Ditempat ke tiga
Dalam kenderaan





Tak kiralah kenderaan apa, waima kereta lembu sekalipun kalau jalan dah jem,mana nak sempat sampai ke destinasi, maka terpaksalah membuka puasakan diri. Kalau yang dah bersedia dengan makanan dan minuman tak mengapalah no hal punya, bagi yang takde apa nak diminum dan dimakan, korek hidunglah gamaknya...apa boleh buat..

Ditempat ke dua

Dimasjid/surau/madrasah








Percaya atau tidak tempat ni memang popular sepanjang bulan ramadhan ini. Kalau tak percaya pergilah ke masjid ( tulah lain kali rajinkan diri ke masjid jangan tunggu bulan ramadhan aje) muka yang jarang-jarang kelihatan atau mungkin tak pernah kelihatan langsung pun tetiba je muncul dimuka bumi ni. Bukannya salah..cuma kan ke best kalau lepas ramadhan ni teruskan kunjungan tersebut.


Ditempat Pertama

Gerai haram

Percaya atau tidak, tidak atau percaya... inilah hakikatnya, masih ramai lagi orang kita yang berani berbuka puasa atau lebih tepat lagi tak puasa langsung dan kemudiannya dengan tanpa rasa segan silu mengunjungi gerai ini tak kiralah makan kat situ mahupun menapaukan dirinya. Kalau pompuan mungkin boleh terima..uzur agaknya tapi kalau uzur sepanjang bulan musykil jugakkan....Walau apa pun pokok pangkalnya terpulang kepada kita juga cuma pangkal pokok terpulang pada tanahnya. Ingat anda mampu mengubahnya....

Comments

he2...

slmt hari raye y. maaf zahir batin. :)
Last ramadahan... I have experience berbuka cuma di dalam kereta, hotel dan rumah... yang lain belum berkesempatan.... mungkin ramadahan akan datang... Tapi dalam kereta paling boring... sebab yang ada sebiji korma dan seteguk air. Tapi yang berbuka kat gerai haram ni.... tak nak cuba.... walaupun bagi free..
aMeir said…
Sekarang dah ada Majalah kartun HARAM, yang diharamkan oleh KDN. "Gedung Kartun"

Teruskan kecintaan anda terhadap dunia perkartunan dan ilustrasi moden.

Nanti emelkan maklumat mengenai anda kepada sekreteriat carikami.com. emel: original.member@live.com.my

Mungkin ada ruang kerjasama yang boleh dimulakan terurama berkaitan ilustrasi dan rekabentuk grafik.

Animasi anda tampak semakin baik.

Popular Posts