Promosi Raya





Pastinya semakin menjelang Raya semakin rancak kita bershopping sakan sampai tak hingat.
Bershopping tak salah tapi kenalah dengan kemampuan diri jangan sampai memboroskan diri.
Yang seronoknya makin ramai peniaga berlumba-lumba menawarkan potongan harga yang hampir memotong kepala.
Yang terujanya makin ramai kaki shopping tegar berlumba-lumba berbelanja mencurahkan segala tempayan yang ada almaklumlah raya setahun sekali.
Yang sedihnya...Masjid dan surau makin sepi SEPATUTNYA di 10 malam akhir ini kita berlumba-lumba mengejar janji Allah iaitu Malam Lailatul Qadar. Itulah promosi yang terhebat yang hanya datang di bulan Ramadhan. Beruntung yang menemuinya maka merugilah orang yang bukan sahaja tidak dapat malahan yang langsung tiada cita-cita dihati untuk mencarinya.
Kejar dan rebutlah malam tersebut bisik aku pada diri yang lalai dan alpa ini..

Comments

Popular Posts