Tajuk Cadangan:Bolasepak & Aku
Aku dan bolsepak
Sinopsis
Kisah jerih
perih yang ditempuhi oleh 4 orang watak yang mempunyai minat yang mendalam
terhadap bolasepak walaupun berlainan peranan 
iaitu  Ammar seorang budak kampung
yang berbakat dalam permainan bolasepak , Jefrie  seorang bekas pemain Negara yang bercita cita
untuk menjadi jurulatih dan melatih pemain sehingga pandai setelah beliau sendiri digantung seumur hidup atas kes rasuah yang tidak diambilnya, Badrul seorang  bekas jurulatih yang telah disingkirkan akibat birokrasi dan politik  didalam persatuan bolasepak dan  ingin bangkit semula serta membina sebuah
pasukan bolasepak yang kuat dan ternama serta Kamal seorang wartawan sukan yang
bertekad untuk membongkar serta memerangi  segala birokrasi, politik dan kes rasuah yang
berleluasa didalam dunia bolasepak hingga ke akar umbi, Mereka  ini semua telah dipertemukan oleh sebuah objek
yang bernama bolasepak . 
Pelbagai
cabaran dan konflik yang terpaksa mereka harungi didalam menggapai cita-cita
tersebut antaranya  kecederaan
,persahabatan, kewangan, rasuah,politik, birokrasi dan pelbagai lagi cabaran
yang menguji kesabaran dan  kekuatan
insani . 
Dicelah
celah  kisah mereka terselit juga ilmu
pengetahuan  tentang dunia bolasepak dari
 terminalogi , teknik, formasi , drill
latihan, pemakanan sehinggalah ke cabaran menghadapi pertandingan dan
kejohanan.Kisah yang penih dengan emosi dan motivasi. Jika anda ingin menyelami
dunia bolasepak ikutilah siri ini.
Prolog : Bola Yang Disepak
"Padang bola
adalah pentas kehidupan. Setiap peluang, setiap cabaran adalah ujian sebenar
Jangan takut gagal, kerana kejayaan bermula daripada kegagalan yang kita hadapi
dengan keberanian."
Prolog: Bola yang
disepak
Dalam suatu senja
yang terperangkap di antara sinar senja dan kegelapan, lapangan hijau itu
menjadi pentas yang mempersembahkan sebuah kisah  yang penuh  suka,
duka , yang diisi dengan kegairahan  dan kesungguhan, yang dilakonkan
dengan pelbagai tarian dan aksi  yang mengasyikkan dan mendebarkan.   
Tatkala lampu limpah
melimpahkan cahayanya ke segenap sudut medan itu maka terserahlah keringat,
darah dan airmata, terpamerlah segala kudrat, ilham dan idea yang  di
kerah dan dipacu demi sebuah perjuangan mengejar kemenangan .
Di tengah medan 
itulah , satu objek berbentuk bulat   menjadi penentu kepada suatu
pertarungan. Demi sebuah kejayaan dan kegemilangan ianya dikejar dihambat
berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain. Ianya juga menyebabkan para
penyokong  resah gelisah ,hilang kawalan dan pertimbangan hingga terkadang
mampu mencetuskan kekacauan, Objek yang disepak ditendang dihambat itulah yang
yang dinamakan bolasepak 1
Inilah dunia
bolasepak, di mana setiap tendangan  dan sepakan terselit  pelbagai
kisah, dan setiap larian  dan gerakan memiliki seni yang sangat mendalam.
Setiap gegaran jaring dan gawang  bukan sahaja bisa menggembirakan
dan  menceriakan malahan  mampu  mengecewakan- dan meremukkan
jiwa raga.
Di balik setiap
keringat pemain yang menari dan berpencak di atas hamparan hijau, jeritan dan
pekikan pelatih yang mengerah segala kebijaksanaan dalam mengatur strategi
pertarungan  hinggalah kepada kegamatan para penyokong yang tak jemu jemu
bergendang ,bersorak  dan mengibarkan panji panji pasukan kecintaan
mereka. Di Medan itulah  terdapat pelbagai  kisah ,perjuangan, tekad,
azam membara dan kecintaan pada sukan tersebut .
Dari stadium yang
berdiri megah hingga ke padang tandus  yang terpencil dari kesibukan
dunia.  Dunia bolasepak adalah medan  di mana para pahlawan
dilahirkan, dan mimpi-mimpi tercipta.  Mari kita menyusuri lapangan hijau
ini, melalui setiap rembatan bola, setiap sudut stadium, dan setiap gegak
gempita sorakan para penyokong.  Dalam dunia bolasepak, kisah kisah yang
epik dan kenangan yang abadi menanti untuk diungkap, mengubah sebuah
pertarungan  menjadi sejarah yang tidak terpadam.
Selamat datang, para
pencinta bolasepak, ke dalam dunia yang penuh kegairahan  dan keindahan,
yang  dihiasi  dengan kegembiraan dan kedukaan , disulami dengan
kemenangan dan kegagalan. Inilah dunia bolasepak  sebuah dunia yang penuh
dengan Tawa dan Airmata .





Comments